Susah hatikan bila anak taknak makan…huhuuhuu
Syukur Arreessa jenis memang kuat makan. Pantang nampak makanan. Mesti nak je kejenyer.. hehhee tengok la mama dia jugak. hobi pun makan 🙂
Cerita pasal anak tak selera makan ni membuatkan kita ibu bapa mesti susah hati. Lebih-lebih lagi bila anak asyik nak makan jajan je. nasi, buah, sayur sume tolak tepi.
Artikel dipetik dr Majalah PA& MA
Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?
♦ Bermasalah dengan gigi.
♦ Bosan dengan makanan yang diberikan.
♦ Terlalu banyak bermain.
♦ Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
♦ Tidak berselera untuk makan.
♦ Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.
Panduan Menggalakkan Anak Makan :
♦ Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
♦ Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.
♦ Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.
♦ Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.
Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :
♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega
Kalian juga boleh mencuba mealshakes..
Ramai yang suke kan nya.. kita ibu bapa yang busy dan tak sempat nak sarapan pun boleh ambik tau.