Susu Ibu tiada Selepas Bersalin. Apa patut saya buat?
Sebenarnya adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
InsyaALLAH bila baby hisap secara tak langsung otak akan hantar signal untuk simulate susu. Jadi kepada ibu baru sabar ye. Jangan tertekan, stress bila tengok susu takde. Ianya normal.
Payudara TIDAK AKAN terus bengkak dan penuh dengan susu pada hari 1-3 selepas kelahiran.
Payudara hanya akan mula membengkak bila susu matang mula terhasil. Selepas semua kolostrum dan “transitional milk” terhasil dan dinikmati oleh bayi barulah susu matang terhasil.
Waktu inilah baru ibu dapat lihat susu memancut bila puting di picit, waktu ini juga barulah susu mula menitik dan membasahi baju anda dan fasa bengkak susu mula terjadi. Kebiasaannya selepas 4 hari atau seminggu barulah ianya terjadi.
Jadi saya merayu selepas ini, janganlah ada lagi ibu yang memberi tahu mereka TIADA SUSU, TAK CUKUP SUSU, ANAK KELAPARAN, ANAK TAK CUKUP SUSU! Jika anda sendiri malas nak menyusukan anak sekerap mungkin.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SETELAH BAYI DILAHIRKAN?
1. SUSUKAN ANAK SECEPAT MUNGKIN
Manfaatkan sebaiknya 20-30min pertama selepas kelahiran ini kerana Refleks Rooting dan hisapan adalah paling tinggi dalam masa tersebut.
Satu hingga dua jam pertama kelahiran merupakan waktu paling tenang dan paling peka buat bayi. Inilah waktu terbaik untuk bayi mengenal payudara dan belajar menyusu.
JIka anda perasan sekeliling kawasan areola terdapat kelenjar2 yg timbul seperti urat timbul itu sbrnye di namakan Kelenjar Montgomery, kelenjar ini lah yang menghasilkan bau yg unik membuatkan bayi kenal dengan payudara ibunya.
2. SUSUKAN ANAK SEKERAP MUNGKIN
Susukan bayi setiap jam sekali atau 2 jam sekali. Kebiasaannya bayi yang baru lahir lebih banyak tidur. Jangan biarkan mereka tidur sebaiknya kejut bayi untuk menyusu. Pastikan anak menyusu 8-12kali dlm tempoh 24jam. Lebih kerap lebih baik!
Lebih banyak bayi menghisap payudara lebih tinggi hormon oksitosin dan prolaktin terhasil dengan izin Allah lebih banyak susu akan dihasilkan.
Jika anak kerap mahu menyusu ia merupakan suatu yang normal dan sangat baik,JANGAN MERUNGUT! sebaliknya penuhilah permintaannya. Ini kerana, bayi sedang membantu payudara anda menghasilkan susu yang meriah. Susu hanya akan banyak jika payudara menerima stimulasi maksimum dari bayi.
Info from Here
Yang penting jangan stress. Minum air banyak, rajin bertanya kawan kawan atau pakar laktasi yang berjaya menyusukan anak mereka. Doa pada ALLAH agar dipermudahkan urusan kita menyusukan anak. Doa untuk Ibu yang Menyusukan Anak