Tanda tanda Perimenopause
Tanda tanda Perimenopause
Tanda-tanda perimenopause boleh bermula beberapa tahun sebelum haid berhenti sepenuhnya. Setiap wanita boleh mengalami gabungan simptom yang berbeza.
View this post on Instagram
🌼 Tanda perimenopause yang biasa
1. Haid mula berubah
- Haid datang lebih awal atau lebih lewat
- Jarak antara haid berubah-ubah
- Darah haid lebih sedikit atau lebih banyak
- Haid boleh terlepas beberapa bulan
2. Hot flush / rasa panas tiba-tiba 🔥
- Badan tiba-tiba rasa panas
- Muka dan dada boleh terasa bahang
- Berpeluh, terutama waktu malam
3. Tidur terganggu 😴
- Susah nak lena
- Mudah terjaga pukul 2–4 pagi
- Tidur tetapi bangun masih rasa penat
4. Emosi berubah
- Mudah marah atau tersentuh
- Mood turun naik
- Lebih mudah rasa cemas atau overwhelmed
5. Berat badan berubah
- Berat lebih mudah naik walaupun makan seperti biasa
- Lemak lebih mudah berkumpul di bahagian perut
- Sukar menurunkan berat badan
6. Otak rasa “slow” 🧠
- Mudah lupa
- Susah fokus
- Rasa macam brain fog
7. Badan dan sendi
- Sendi atau otot terasa sakit
- Badan mudah lenguh
- Tenaga tidak seperti dahulu
8. Perubahan seksual & faraj
- Faraj lebih kering
- Kurang libido
- Hubungan intim boleh terasa tidak selesa atau sakit
9. Kulit & rambut
- Kulit lebih kering
- Kulit nampak kurang anjal
- Rambut semakin nipis atau mudah gugur
10. Simptom lain yang kadang-kadang muncul
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Perut kembung
Tanda Ni Korang Dah Mula Ada?
Ini adalah apa yang saya hadapi la bila masuk umur 42tahun ni ye. Mungkin setiap kita akan alami benda berbeza
1. Haid mula berubah
Alhamdulillah haid setakat ni datang macam biasa normal. Tak banyak tak sikit juga. Period pain pun memang dari muda tak pernah ada jadi setakat sekarang pun tiada. Sebab ada kawan bgtau dia bila masuk umur 40an pulak senggugut datang. harapnya takde la. Adoi tua tua ni nak hadap period pain malas nya hehe
2. Hot flush / rasa panas tiba-tiba 🔥
Ada baca hot flashes ni kalau duduk dalam aircord pun boleh berpeluh. Yang ini pun belum ada lagi. Panas tu ada lagi kalau musim panas kan. Buka kipas econ lebih ok je.
3. Tidur terganggu 😴
Bab ni saya memang tidur lena je. Letak je kepala selamattt hehe. Ada juga masa malam susah nak tidur. Pukul 1 duduk lgi sembang bergosip dengan suami. Pillow talk la konon. Lepas tu dua dua ke laut dalam.Sedar dah pagi. Terjaga malam tu ada tapi lena balik. Tidur terganggu ni memang dah terjaga susah nak tidur balik ke korang? Syukur amalkan pil kalsium ni bertahun tahun. bagi saya sangat membantu tidur lena.
4. Emosi berubah
Ini dari dulu rasanya emosi macam roller coaster hehe. Tapi mungkin lebih sensitif, emo lain macam. Cepat sentap kadang tapi ada masa malas nak melayan. begitulah kot. emosi usia sekarang. Ada masa malas nak kisah hal remeh temeh.
5. Berat badan berubah
Ini ye korang. Rasasejak masuk 42tahun ni perut paha senang betul naik. Makan tak banyak pun. Bila tahu usia macam ni kena makan lebih protein, senam yang bina otot. Alhamdulillah nampak la perut paha makin susut. ini seram tau. kena jaga betul betul. Kalau tak perut kemain muncit macam mengandung balik. Saya makan protein telur, haiwan, tumbuhan macam tempe tauhu dan saya ambil protein shake ni
6. Otak rasa “slow” 🧠
Ini kena selalu membaca, berfikir benda yang ilmiah sikit. Bukan fikir gosip hal masalah orang.
7. Badan dan sendi
syukur Alhamdulillah masih boleh duduk bersila, bangun duduk melompat lagi. Ini mungkin saya rajin briskwalk dan buat senaman kettlebell
8. Perubahan seksual & faraj
malu nak cite tapi masih rasa muda hehehe.. jadi faham faham la ye.
9. Kulit & rambut
ofcos la akan dah mula nampak kedutan sana sini. Kulit kering pun ada tapi kerap minum air, makan vit c, kurangkan gula putih sangat membantu. Rambut ada gugur juga tapi tak la banyak. 1-2 helai. Bab ni saya memang tak boleh tukar shampoo. pernah saya tukar shampoo lain rambut gugur teruk. Bila tukar ke shampoo biasa elok pulak.
10. Simptom lain yang kadang-kadang muncul
sakit kepala tu jarang. saya selalu pening sebab saya memang ada anemia. ni start konsistent makan vitalize kurang rasa pening dan bila kurang darah jantung akan laju.
Ini bacaan bp saya baru ambil. Ok la kan untuk umur 42tahun ni. le tak ok?

Menopause ada fasa kehidupan kita. Macammana kita datang haid , perubahan badan bila datang haid begitulah perubahan bila kita menopause. Kita ambil tahu dan boleh la kita siapkan diri dengan ilmu. Supaya kita boleh hadapi dengan tenang tenang ajeee.