Tips : Goda Isteri
Kamu pernah menonton Wanita Hari Ini?
Sebagai bakal pengantin dan isteri, aku cadangkan kamu semua menontonnya. Terutamanya slot Tilam & Bantal siaran hari Jumaat tu. Banyak sangat tips dan ilmu rumahtangga yang boleh kita pelajari.
Perlu diingat, selesai majlis perkahwinan, bukan bererti dah selesai semuanya. Sebaliknya, itulah permulaan hidup baru. Dah tukar status, pegang tanggungjawab sebagai isteri, menantu dan ada rezeki, insyaallah jadi ibu. Jadi, ilmu rumahtangga ni lah yang lagi penting berbanding persiapan kita bagai nak rak tu.
Slot Tilam & Bantal tadi, tetamu jemputan nya Dato’ Dr. Fazilah Kamsah dan pelakon; Zul Yahya serta isterinya. Topik nya pulak, pasal ‘Goda Isteri’.
Seronok jugak aku dengar perbincangan mereka. Lagi pulak bila masuk tang panggilan daripada penonton di rumah. Dari situ, baru lah kita dapat tahu ada macam-macam jenis orang rupanya kat dunia ni. Tiap orang, lain masalahnya.
Paling menarik perhatian, seorang penonton mengadu, dia tinggal dengan ibu dari zaman bujang sampai lah sejak dah berkahwin sebab kasihankan ibu yang tinggal sendiri. Dia pulak anak tunggal.
Dia dan suami takde lah punya masalah besar mana, cuma dia dan suami rasa macam terbatas pergerakan dan pergaulan bila tak duduk kat rumah sendiri. Suami isteri ni macam rasa malu bila nak bermesra atau bermanja-manja kat rumah ibunya mahupun di rumah mentua. Segan nak lepak atas riba masa tengok TV, malu nak peluk dan cium pipi suami bila ibunya ada sama.
Pendek kata, masa yang ada untuk bermanja berdua, hanya lah pada waktu malam, di bilik tidur.
Nak dijadikan cerita, si suami pulak jenis yang suka keluar main bola malam-malam. Tinggal lah si isteri duduk bilik seorang diri, kempunan nak dibelai dan dimanja oleh suami. Sampaikan hubungan mereka suami isteri jadi makin dingin dari hari ke hari. Nak adakan hubungan suami isteri pun, seminggu sekali belum tentu lagi.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Hah, tuuu dia..!
Kemain banyak lagi tips dan ilmu yang aku tak tahu rupanya. Ada sesetengah tips tu, aku memang selalu amalkan bersama-sama suami macam solat jemaah, makan sama-sama dan mandi berdua (ehem).
Tapi, bila tang bergaduh sampai memaling muka masa tidur tu, memang terkena kat batang hidung sendiri laaa.