Tips Khatam Al-Quran 30 Hari Di Bulan Ramadhan 2015

Beberapa hari lagi Ramadhan bakal menjelma. Pada bulan suci ini kita disarankan untuk memperbanyakkan melakukan ibadat dimana pada bulan ini pahala berlipat ganda. Selain solat terawikh, bertadarus di bulan Ramadhan sangat di galakan

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”

(Al- Baqarah 185)

Tips Khatam Al-Quran 30 Hari Di Bulan Ramadhan

Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:

  • 2 muka surat sebelum solat fardhu
  • 2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.

Jadual Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Jika anda mahu jadual ini softcopy boleh email kepada saya di ainulfadzilah@gmail.com
Selamat Bertadarus Di Bulan Ramadhan

One Reply to “Tips Khatam Al-Quran 30 Hari Di Bulan Ramadhan 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge