Tips Kurus Cara Saya Turunkan Berat Dengan Enjoy Makan Nasi

Tips Kurus Cara Saya Turunkan Berat Dengan Enjoy Makan Nasi

Bila meningkat usia menghampiri 40an ni makin susah nak kurus. Macam macam tips kurus amalkan tapi berat susah nak maintain. Adakah makin berusia makin susah berat nak turun? Makan sikit pun berat tak mau turun. makan lebih sikit berat kemain cepat je naik. Diet tak makan nasi berjaya kurus tapi bila makan nasi amboiii kemain syiok berat naik Adoiii !!

Kenapa makin berusia berat susah nak turun?

tips kurus
saya dulu zaman comel

Semakin tua, semakin susah menurunkan berat badan. Inilah yang dirasakan banyak orang dengan usia di atas 40 tahun. kenapa makin susah berat nak turun?

1. Kehilangan Otot

Semakin kita berusia , semakin banyak kita kehilangan otot. Otot sebenarnya membakar lebih banyak kalori daripada lemak, jadi dengan apabila otot kurang maka lebih sukar kalori yang kita makan akan digunakan semula

Jisim otot tanpa lemak yang kita miliki secara semula jadi mula menurun 3-8 peratus selepas umur 30 tahun.

 

2. Perubahan Hormon

Makin berusia dan banyak perubahan hormon juga antara punca berat susah nak turun.

Bagi wanita, menopaus menyebabkan penurunan ketara dalam estrogen, yang boleh menyebabkan berat badan berlebihan di sekitar perut.

Menurut UC San Diego Health, purata kenaikan berat badan semasa peralihan kepada menopaus adalah kira-kira 5 paun.

Menurut Harvard Health, lelaki mengalami penurunan ketara dalam testosteron dengan usia, yang mula menurun secara beransur-ansur sekitar usia 40 tahun pada kadar kira-kira 1-2 peratus setahun. Testosteron bertanggungjawab untuk beberapa fungsi badan, termasuk mengawal selia pengedaran lemak dan kekuatan dan jisim otot. Dengan kata lain, penurunan testosteron boleh menjadikan badan kurang berkesan dalam membakar kalori.

Pengeluaran hormon pertumbuhan (GH) kelenjar pituitari juga menurun dari usia pertengahan dan seterusnya. Salah satu fungsi GH ialah membina dan mengekalkan jisim otot. Apabila GH berkurangan, ia menjadi lebih sukar bagi badan untuk membuat dan mengekalkan otot, yang menjejaskan jumlah kalori yang dibakar.

INFO lifestyle.kompas.com

 

3. Metabolisme Menurun

Jisim otot yang berkurangan juga menjejaskan metabolisme badan yang semakin perlahan. Mempunyai lebih banyak lemak dan kurang otot mengurangkan keupayaan badan anda untuk membakar kalori. Pada masa yang sama, ramai orang menjadi kurang aktif apabila usia mereka meningkat dan ini juga melambatkan metabolisme mereka.

Sebab itu, ramai orang susah nak turunkan berat badan bila dah tua. Umur bukan satu-satunya perkara yang merendahkan metabolisme anda. Saiz badan, jantina, dan keadaan kesihatan tertentu, seperti hipotiroidisme, juga menjejaskan metabolisme

 

4. Jarang bergerak & Stress

Diusia hujung 30an -awal 40an ni selalunya kita dikemuncak kerjaya. Masa ni lah kita akan naik pangkat maka workload makin bertambah dan stress juga bertambah. Bila stress mula la kita craving macam macam, suka makan, makan apa sahaja konon nak hilangkan stress

 

Tips Kurus Cara Saya Turunkan Berat Dengan Enjoy Makan Nasi

 

Tips Kurus Cara Saya Turunkan Berat Dengan Enjoy Makan Nasi

Saya pernah gemuk. suami saya pun sama. huhuhu. selepas kahwin dua dua begitu comel la. tak percaya? BOLEH TENGOK BANYAK CERITA KAMI DI SINI

Atas 2022
Bawah 2013

Masih orang yang sama. Angka pada umur berbeza dan juga angka pada penimbang berat

Tips Kurus Cara kami Mudah dan jadikan ianya lifestyle

1. Jaga Makan

kami suka makan nasi jadi diet kami adalah makan nasi dengan gembira. nasi putih je tau bukan brown rice, parboiled ke. Saya pernah makan beras parboiled tapi kejap je. sebab ianya bukan lifestyle saya. dan tak berapa nak sedap enjoy makan dengan sambal belacan. Makna nasi kadang 2x sehari tapi kami makan banyak sayur.

menu kurus

 

2. Aktifkan badan

kami bukan lah sejenis suka berlari, p gym. kami suka buat benda yang simple, boleh buat sampai bila bila. Jangan sampai push diri. lama lama kita penat kita cepat give up. kami suka jalan kakiu, kutip sampah. apa apa aktiviti yang buat kita bergerak. buat kerja rumah pun berpeluh tau

 

jalan je keliling tasik dengan anak anak. sambil bawa mereka main, jalan. kita pun boleh aktifkan badan.

 

3. Supplement Shaklee

 

Supplement Shaklee ni bukan ubat kurus ye tapi bantu kurangkan kehilangan otot, lambatkan menopause, tingkatkan metabolisme, kurangkan perubahan hormon, kurangkan stress

1.Cinch Shakes atau ESP 

Bantu elak kehilangan otot, bina otot barulah lemak senang terbakar . Protein juga bantu kenyang lama

 

2. Cinch Tea 

bantu bagi tenaga, tingkatkan metabolisme badan. bila minum ni pagi dengan esp/cinch. kenyang je. cinch tea pun buat badan bertenaga lagi time petang. takda la lembik je kan. yang suyka p gym run cinch tea pun bagus

 

3. Omega Guard

Omega guard bantu kurangkan rasa craving dan bantu bakar lemak, kurangkan viseral fat

4. Lecithin

Lecithin bantu pecahkan lemak

5. Herb lax

Untuk detox.angkut lemak keluar

 

Tips Kurus Ni Siapa boleh amalkan?

Tips kurus ni sesuai untuk Semua. Lelaki wanita, wanita lelaki bekerja, wanita mengandung, wanita menyusu.

Nak kurus bukan bermakna kawal terus nasi. ada yang sampai tak makan nasi. Bila dah kurus makan nasi balik berat naik pulak. Nak diet tak makan nasi udah stress, malas. Jadi kita mulakan diet tips kurus cara kami dengan dengan enjoy makan nasi. jadikan ianya lifestyle. sebab nasi makanan rugi kita.

 

Bila dah berumur ni sesuai ke Tips Kurus Macam ni?

saya dan suami bermula diet ni pada kami usia 35 tahun. agak lambat juga kan tapi masih boleh. Tahun ini kami 39tahun masih buat benda yang sama. enjoy makan, enjoy kehidupan yang lebih sihat . Kalau dulu tekanan darah tinggi sekarang boleh normal tanpa ubat. Jadi kita nak makin berusia kita makin lebih sihat. Umur akan tetap bertambah kan tapi body age, body fat kita boleh turunkan

percaya tak ini kami dulu. Gemuk bolat, kulit kusam, ada tekanan darah tinggi. jadi kalau kita kata makin berusia tak boleh nak kurus ehh tidak. kami dah buktikan. nak buat ke idok je

ini kami sekarang. masih orang yang sama, umur dah bertambah tapi berat badan berkurang. kami boleh buat anda pun boleh. Cara kami rasanya paling mudah. tiada yang pelik pelik sampai tersiksa hidup. disebabkan diet lifestyle kita gemuk maka nak kurus juga kena jaga lifestyle diet kita. mudah je kan

 

4 thoughts on “Tips Kurus Cara Saya Turunkan Berat Dengan Enjoy Makan Nasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge