Tips nak dapat kulit bersih bebas jerawat, glowing..
Ainul sendiri pernah ada masalah kulit muka berjerawat, kering , parut yang teruk sangat. Bila tengok gambar lama sedih sangat. Akibat dari pakai product yang ada bahan kimia kuat. habis muka kering sangat, menggelupas teruk giler.ni antara tips simple yang Ainul amalkan la ye :-
1. Banyak Minum air masak
Benda biasa dengar la kan. tapi agak agak berapa liter sehari korang minum sehari? Nak minum air manis boleh. Biasa la kita teringin nak teh tarik, kopi o sume tapi had kan. sehari sekali je ke. lagi bagus minum kopi o tu tanpa gula.
2. Bangun Tidur Minum Air
Bangun je tidur terus minum air masak. Air masak tau. bukan air teh tarik pulak. Bagus minum air masak selepas je bangun. Bagus untuk pencernaan korang pagi tu. membuang pun senang, lancar je. So toksin pun akan keluar sekali. Toksin banyak tu muka kusam, jerawat susah nak hilang
3. Makan Ulam
Ni mak Ainul ajar sejak Ainul kecil. Mak suka akan ulam jadi kami pun kena la makan ulam. Petai, Ulam Raja ishh macam macam ulam kami makan. Ulam ni bagus sebab ianya fresh tak dimakan. Sayur bila dimasak zat semua dah habis. Nak cantik sila makan petai.. hihihii
4. Jarang makeup
5. Jangan basuh muka time panas
6. Kurangkan Gula
7. Jangan obses pada pencuci muka aje
8. Sabar kalau nak kulit cantik
Dulu masa masih muda remaja memang senang sangat terpengaruh dengan iklan hilangkan jerawat dalam masa 3 hari heheh..Merasa jugakla penangan kulit muka rosak. Sekarang memang extra berhati-hati memilih produk untuk kulit, kalau tak selamat semulajadi memang tak berani la nak cuba.
kan..pengaruh iklan jgk. akibatnya adoii merana . nasib baik dah ok kan?
Setuju sangat yg tips kurangkan pakai make up. Sebab bila make up bakteria kat muka transfer kat brush dengan sponge. Dah la nak membasuh tools nya maleh.
kan. tools kena cuci selalu. tp akak ni tools ni pun xde
Terima kasih share tips tu Ainul. Perempuan mana yg tak suka kulit glow glow gitukan …. tp tulah kadang tu petua tak terikut. Contohnya minum air lepas bangun tidor tu… memanjang terlepas.
biasa la tu. saya pun nak kata tak pernah miss tak la.
thanks for the tips..memang stress tengok muka sendiri.dah 30an tapi jerawat macam remaja..huhu.akan cuba amalkan.
sila sila.. kdg2 hormon kita tak stabil tu
Bab gula tu betul..jerawat pun mudah naik kalau selalu makan manis2 nie huhu