Travel To Yogjakarta – Jakarta: Bila wanita 7bulan mendaki Candi Borobudur
Sambungan kepada kisah travelling kita ke Yogjakarta. Kalau ke Jogja mesti kena pergi melihat candi borobudur tau. Wajib.hehehe.. candi borobudur ni dikatakan antara benda ajaib la jugak dekat dunia. dah beratus atau beribu tahun la rasanya. Masih tegak berdiri.
Perjalanan dari Hotel Ke candi borobudur ambil masa yang agak lama. Naik bas sambil melihat pemandangan kampung di sana sangat tenang. Sangat cantik. Bila dah hampir sampai nampak tanah-tanah di kawasan sana berwarna hitam.Kenapa? sebab tu la tanah gunung berapi.
Inilah dia Candi Borobudur. Ada 7 tingkat. Bila tengok dari bawah..mak aiii boleh ke naik ni. Aku dok bawah je la. No..No.. dah datang kena naik tau. Saya 7bulan pregnant pun boleh.korang pasti boleh.Pemandangan dari atas sangat cantik.
Supermom Family ..Ahli rombongan yang sama -sama dalam travel ni.
Tiba masa untuk mendaki..yeah!!!
TIPS: Pada yang bawa stroller anak-anak jangan risau sebab di sana ada servis untuk angkat sroller tu naik dan turun ke bawah. Bayaran dalam 100,000RP kalau tak silap. So mak ayah penat mendaki bawa badan je la ye. Memang kesian pada yang angkat stroller tu tapi itu salah satu mata pencarian mereka kan.
Mari mendaki… Kain apa tu? kain ni wajib pakai masa di pintu masuk. Nak elakkan pencopet.
3 dara pingitan..hehehehehe.. we are supergirl’s sisters
Tips: Tangga candi tu agak tinggi dan curam. Jadi sila berhati-hati ye. Pakai kasut yang sesuai dan tidak licin.
Akhirnya sampai ke puncak jaya… eh yang ni tak berapa puncak lagi. Kena naik atas sampai loceng besar tu. Dalam setiap loceng ada patung buddha dalam tu.
Wanita hebat disebalik kejayaan mendaki Candi Borobudur. hihi.. Sampai atas pemandangan sangat cantik. Nampak hijau je
Cantik kan.. hijau dan sejuk je mata memandang
Arreessa dan babah. Arreessa super excited. Walaupun panas , berpeluh tapi dia happy.
Tips: di atas takde jual air atau makanan. jadi air mineral bawa sendiri. Kang semput mendaki ada juga air nak hilangkan dahaga
Anak-anak penat tapi happy.
penat mendaki tapi rasa sangat puas.. pehhhh..lapo pulak.
Tips: Keluar je dari bas masa datang dan masa keluar je dari perkarangan candi, jangan terkejut sebab anda akan diserang oleh ramai penjual-penjual di sana. Sila diamkan diri je.
Tips membeli: Sila beli masa nak naik bas sebab mereka akan tawarkan harga yang lagi murah…
Lunch hari berdekatan jugak dengan Candi Borobudur tapi takde la jalan kaki.Kena naik bas..
Ini bukan zoo atau kawasan Orang Utan ye… Nama Restoran je Resto Orang Utan.hehe
Makan time.. Serius lapar bangattt.. Makanan tengah hari tu memang sedap. Licin semuanya kami bedal.
Makan secukupnya..jangan diet diet..Amaran keras ni.
Baca balik kisah travel Yogjakarta Day 1
Ok kita sambungan chapter seterusnya selepas ni…..