Welcome my princess Aqeela Dahlia
- By:
- On:
- 8 Comments
Masa mengandungkan Arreessa, 37w terus kena czer. plan czer jadi tak sakit la contarction. Masa Maryam 38w doktor induce 2 kali baru sakit bersalin. Masa pregnant kan Dahlia ni, tak rasa apa apa contraction sampai la 39w. Masa check 38w tu doktor dah pesan masa due 19hb nanti kalau tak bersalin jugak datang masuk hospital terus.
Adoiii dalam kepala otak dah terbayang induce lagi. tak mauuu.. kalau boleh kali ni nak rasa sendiri contraction tu datang secara natural.
Hari Ahad tu , Ainul mula melakukan aktivi aktiviti untuk natural induce. Antaranya makan nanas. Salah beli nanas masam pulak. Makan sikit je. huhuhu. Buat senaman squat dan beberapa senaman yang membantu mempercepatkan bukaan servik. Ainul refer youtube je. Ainul follow yang ini SENAMAN CEPATKAN BUKAAN SERVIK .. Senang je senaman ni. sambil tengok tv pun boleh buat.
Ahad & isnin pun Ainul dah mula makan Alfalfa Shaklee. Alfalfa ni memang membantu untuk bagi natural induce tau. Tapi still tak sakit lagi
Hari selasa pagi tu pun still tak rasa apa apa. Ainul upkan dose Alfalfa. Selepas zohor husband ajak p makan. Tak selera sangat masa tu. dah rasa semacam masa tu. yelah selalu selera makan kemain.huhu.
Balik rumah nampak ada sikit darah.. gulp.dah tiba masa ke ni? berdebar. Selepas asar tu mukus plug keluar agak banyak. Happy sangat rasanya. Dah rasa baby dah nak keluar. excited..
Jam 3pagi mula terasa contraction.. tak kuat sangat. check dengan contraction tracker selang 10min contraction datang.
dari jam 3 pagi tu macam tido tido ayam je. yelah 10min sekali sakit datang. terus bangun ambil wuduk. Solat taubat, solat tahajud dan solat hajat. masa nak solat tu pun tetiba contraction datang. menggigil menahan
pukul 9pagi tu, siap siapa baju anak anak untuk hantar ke rumah mertua. Husband saja hantar awal sebab nak bagi masa untuk Ainul relax, tenang menghadapi contraction. Betul kita kena tenang. tak mau stress stress ok.
husband asyik ajak ke hospital tapi Ainul cakap taknak dulu. kalau boleh nak tunggu sampai sakit betul betul. bukan apa takmau p hospital bukaan baru 1-2cm. lama kang nak menunggu. tanya kawan kawan pun ramai cakap tunggu sampai sakit betul betul baru p hospital.
Selepas solat zohor, rasa tak sedap hati. contraction masih setiap 10minit tapi hati rasa nak jugak ke hospital. Takpalah check je dulu. kalau kena balik dulu balik je la kan. Ainul pernah czer anak 1st jadi risau pasal scar czer tu. Jadi sebelum apa apa terjadi kita p check. Nasib baik la Hospital Shah Alam dah ada. dekat la dengan rumah
Selepas zohor terus siap siap gerak ke hospital. Bawa semua dokument, bag pakaian.
Sampai ke Hospital Shah Alam terus daftar ke PAC. Disana mereka hanya check contraction dan air kencing.
Selepas tu, nurse bawa saya ke tingkat 4 iaitu di area dewan bersalin. Di sana berjumpa doktor dan doktor check VE. Rupanya baru 3cm. huhu. Tapi doktor terus suruh admit masuk ward.
Jam 5 petang masuk ward, tukar pakai dan makan. Baru la ada selera nak makan. Sarapan pagi tu pun tak lalu nak makan. Makan nasi, sup ayam. habis licin.
Masa solat asar, tengah makan terasa contraction makin cepat. dah tak macam 10 minit sekali je. adoii makin sakit contraction ni.. tapi still boleh tahan.
Pukul 6.30 petang, husband ajak jalan jalan. mana tahu cepat sikit bukaan kan. Masa tengah nak berjalan tu betul betul depan kaunter nurse, contraction datang. terus jadi kaku kat situ. Nurse nampak terus minta ke katil diaorang nak check.
Nurse check rupanya dah 6cm…. huhuhu
Nurse call labour room tapi penuh. jadi stay kt ward dulu. mengigil la menahan contraction..huhu
jam 10 malam , doktor minta datang ke bilik pemeriksaan untuk check bukaan lagi. Kat kerusi menunggu tu, sambil nak tunggu doktor datang borak la dengan pesakit lain. tengah tengah borak contraction datang dengan sakit sekali.. serius sakit sampai menggigil. Dia tolong panggilkan nurse dan nurse datang checkkan bukaan.. sudah 8cm masa tu. patut la sakit gilerrrrrrr !!
terus diaorang tolak ke labour room.
Sampai ke labour room, doktor datang check. Dia cakap eh baru 6cm ni. adoiii tadi kata 8cm. berapa lama lagi nak tunggu ni. huhu
masa ni contraction datang kuat. menggigil menahan sakit. kalau ingat balik macam entah apa apa rupanya aku masa tu. huhu
Nurse datang offer “nak gas” masa tu rasa sama je kang sakitnya. tak mau la gas. memujuk diri..” Ainul you can do it, kejap je ni “
Jam 11.15 malam, nurse masuk check 7cm.. huhu
masa tu serius rasa tak tahan sangat. nanges je dalam hati.
tengok jam terus cakap dalam hati ” 11.30 ni aku mesti beranak. mesti punya “
lebih kurang hampir 11.30 macam tu.. tiba tiba….
” apsal aku rasa nak berak ni? “
terasa ada benda keras kt bawah ni.. dah nak beranak ke.. mana pulak button nak tekan panggil nurse ni. tadi ada ni tak jumpa pulak…
terus menjerit ” nurse !!! saya nak berak “
hahahaaa.. malu pulak kalau diingatkan. huhu
terus nurse, doktor datang .. ” ok puan boleh push sekarang “
tak tahu la berapa kali push. memang tak reti reti bab ni. huhu
Akhirnya keluarlah Aqeela Dahlia.
Ya ALLAH lega sangat sangat masa tu..
Ada kena jahit sikit sebab terangkat punggung. kaki menggigil sangat masa tu dan tak sedar terangkat punggung .. huhu
fresh from mama’s womb |
Perjalanan 39 minggu 5 hari yang mencabar, penuh suka duka dan menyeronokkan. Syukur ALLAH beri peluang, permudahkan proses bersalin kali ni.
Alhamdulillah..
gigih dalam pantang pon menaip..hehehe..
selamat berpantang ainul..
tahniah 3 bidadari menyinari hidup both mama papa..
tq noraini. ko bila lagi nak join kelab mak anak 3 ..hihihii
Aku dapat bayangkan ko jerit nak ber** tu. Hahaha.. Mesti kuat giler
hahahhaa.. 1 level bilik bersalin dengar agaknya..hahahaa
olohhh comel ajee dahliaa 2.35kg.. xpee yang penting sihat..
Alhamdulillah.. sangat kuat orang nya waaupun saiz kecik
tahniah ainul..serius baca sampai habis sebb teringat pengalaman lalu..
terima kasih umminani..