Engineer to WAHM

Rasanya ramai dah tahu tapi nak share juga. Alhamdulillah hampir 3bulan menjadi working at home home ( WAHM). Dari seorang engineer menjadi WAHM menjadi realiti. MasyaALLAH !! sesuatu yang tidak terjangkau suatu ketika dulu. Zaman study fikir nak kerja bagus, dapat gaji banyak , shopping je.Hahaha
Semuanya berubah sama sekali apabila lahirnya Arreessa Zulaikha 3tahun 4bulan yang lepas.

Dulu cita cita sama nak jadi professional engineer. nak jadi Ir Ainul Fadzilah. Tapi sekarang saya bangga sangat menjadi professional ibu kepada Arreessa Zulaikha dan isteri hebat buat Muhammad Faiz. Cukup hebat bagi saya. Ramai yang cakap rugi la gaji besar, company stabil tapi berhenti. Perjalanan hidup saya tidak berhenti bila berhenti kerja. Saya masih bekerja tetapi di rumah. Opis saya dirumah bersama Arreessa.

Kenapa memilih menjadi working at home mom?

kenapa ye? pasal duit? push factor utama saya adalah suami & anak. Dulu kerja balik pukul 10malam, 6.30 pagi dah keluar bekerja. Kalau ada project kat luar sab tu bekerja. pernah sampai 3pagi. itu ke kehidupan yang saya nak? tidak.. tapi takde pilihan?? pilihan di tangan kita. Kebetulan saya buat biz shaklee part time. Nampak ada masa depan yang cerah. Saya pulun buat biz betul-betul. Saya tekad nak resign dan boleh bekerja dari rumah dengan gaji income sama dengan gaji.

Alhamdulillah bila income biz berganda-ganda dari gaji, hati saya jadi tawar pada kerja hakiki. Buat kerja opis pun teringat biz. Bukan ke zalim saya ni. Buat kerja tidak 100%. Bersalah pada bos dan takut gaji yang saya dapat tak berkat. Saya tekad nak resign.Lepas je husband bagi green light terus hantar surat resign.Bos banyak kali suruh saya berfikir panjang tapi saya tekad sangat waktu tu. 500% saya bergantung pada ALLAH. Saya yakin rezeki Allah besar untuk hambaNYA.

Beri rezeki pada orang lain

Husband saya selalu pesan. jangan TAMAK. biz nak, gaji nak. semua nak tapi kita buat keje tak bersungguh. Niat saya selepas saya resign, post saya dapat la di isi dengan orang baru yang lebih memerlukan. Dapatla dia menimba pengalaman. Terus terang saya cakap sedih sangat lepas jawatan tu. Saya suka kerja saya tapi misi saya untuk keluarga paling utama. Allah beri saya rezeki lebih di tempat lain, apa salahnya kita lepaskan post tu memberi rezeki pada orang lain pulak.

Peluang berbakti pada ibu bapa

Bukan la kalau kita bekerja tidak dapat berbakti pada ibu bapa. Tapi kebetulan lepas saya resign, ayah diserang denggi. mak pun demam panas. Adik beradik lain bekerja. Puas hati sangat sebab dapat ke sana sini hantar mak ayah ke hospital. Dapat masak untuk mak. Tak perlu pening kepala nak minta mc, el, cuti panjang.

Banyak lagi saya perlu belajar apabila menjadi WAHM ni. nampak senang tapi lagi busy dari bekerja. Penat pun tapi happy dapat hantar , ambik anak dari sekolah. tak perlu sampai anak menunggu pukul 10 malam baru dapat jumpa kita.

Mama dapat hantar kakak pergi school. tak perlu kalut macam dulu

 

Dapat sama-sama dengan Arreessa bermain depan depan rumah..

 

Dua orang kekasih hati saya.. insyaALLAH bulan 7 ni akan hadir kekasih baru.

 

Alhamdulillah.. sekarang ni tak perlu pening nak mengahadpi jam waktu pagi, punch card, meeting, project bertimbun..
i love to be WAHM

12 Replies to “Engineer to WAHM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge