Photoshoot Raya Kelab Blogger Ben Ashaari Di Matic

Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan. Nak cite kisah photoshoot sabtu lepas. Photoshoot raya. eh pose pun belum dah sibuk nak raya. Baru photoshoot. kena la buat sebelum puasa kan. Pertama kali join Kelab Blogger Ben Ashaari dalam sesi photoshoot ni. Teruja sangat . hebat Kelab Blogger Ben Ashaari ni tau. ” Bukan sekadar Blogger ” .
Terima kasih atas tajaan Banner dan props dari dalizgrafix .  
Lokasi photoshoot kami di MATIC Jalan Ampang. Pusat Pelancongan Malaysia  atau Malaysia Tourism Centre (MaTiC) ini dulu tempat husband selalu tengok teater sebelum ada Istana Budaya.

Model Arreessa 
Terima kasih MATIC untuk lokasi yang cantik dan kebetulan ada pameran rumah rumah untuk Pesta Kaamatan. Sesuai la jugak dengan tema hari raya kami.
Bertuah sangat kami geng #KBBA9 sebab di make up oleh make up artis,Rita Rahman dan Artistic Team
Make up artis yang make up Ainul adalah Wiwin. Korang boleh contact Wiwin di IG : Makeupby Wiwin atau call beliau di 0163152198 

Cantik sangat beliau make up. tetiba feeling jadi retis kejap.Sekali sekala dapat make up. Apa lagi kita melaram sakan la. Siap bulu mata palsu lagi tau. Kalah Che Ta. hihihi

sebelum dan selepas make up. Beza tak? hihihi
Inilah Wiwin yang berjaya make over Ainul. 
Ramai mae up artis yang terlibat yang diketuai oleh kak Rita Rahman. Pada yang mencari makeup artis untuk apa jua majlis boleh hubungi mereka ye . Very recommended. semua kami di make up cantik dan semua MUA senang berurusan. 
Make Up Artist:
Rita Rahman 
IG Artistic Team:
@farizha_mua
hasil kreatif MUA dari Artistic Team
Baju yang Ainul pakai masa photoshoot ni di sponsor oleh Deea Boutique  . Fesyen baju kurung kedah atau kurung moden pendek. Suka sangat sebab nampak kurus la sikit bila pakai baju ni. hihihihi. Butik Deea ni terletak di Plaza Masalam. Dekat sangat dengan rumah. maka nanti boleh terjah cari baju raya…
Maryam pun terkejut tengok mama lain bebenor hari tu…
kain yang sedap. tak panas, tak jarang dan mudah untuk kita menyusu jugak. Syarat penting bagi mak mak ni kan. walaupun sangat simple tanpa sebarang manik, kerawang ke tetapi corak, potongan baju ni sudah cukup menarik dan cantik kan.. instant shawl yang sweet juga dari Deea Boutique
Deea Boutique
Aksesori wajib ada bagi setiap wanita. Terima kasih Vonaish atas tajaan pin hijab yang comel. 
Aksesori :
Vonaish
FB : Vonaish
kamu lelaki juga ditaja oleh Emin Madrosa. Segak bergaya semuanya . 
Pakaian Lelaki:
Emin Madrosa
Makan tengah hari kami , ditaja oleh Cerita Kambing. Nasi Beriani ayam merah yang sedap. Istimewa Ramadan ini Buffet Ramadhan di Cafe Cerita Kambing. Murah dan berbaloi-baloi. Hanya RM28 dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak. Boleh baca review Ainul mengenai nasi beriani kambing di sini dulu. Orang Shah Alam yang nak berbuka dengan Nasi Beriani sedap oleh datang ke Anggerik Mall. 
Sekitar photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari Di Matic 
Terima kasih #KBBA9 untuk sesi photoshoot yang sangat best. memang happening sangat. dan korang semua memang BEST !!!

13 Replies to “Photoshoot Raya Kelab Blogger Ben Ashaari Di Matic”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge