Tips nak dapat kulit bersih bebas jerawat, glowing..

Hari ni Ainul nak kongsi tips nak dapatkan kulit muka yang bersih dari jerawat, glowing gitu..
Ainul sendiri pernah ada masalah kulit muka berjerawat, kering , parut yang teruk sangat. Bila tengok gambar lama sedih sangat. Akibat dari pakai product yang ada bahan kimia kuat. habis muka kering sangat, menggelupas teruk giler.ni antara tips simple yang Ainul amalkan la ye :-

1. Banyak Minum air masak

Benda biasa dengar la kan. tapi agak agak berapa liter sehari korang minum sehari? Nak minum air manis boleh. Biasa la kita teringin nak teh tarik, kopi o sume tapi had kan. sehari sekali je ke. lagi bagus minum kopi o tu tanpa gula.

2. Bangun Tidur Minum Air

Bangun je tidur terus minum air masak. Air masak tau. bukan air teh tarik pulak. Bagus minum air masak selepas je bangun. Bagus untuk pencernaan korang pagi tu. membuang pun senang, lancar je. So toksin pun akan keluar sekali. Toksin banyak tu muka kusam, jerawat susah nak hilang

3. Makan Ulam

Ni mak Ainul ajar sejak Ainul kecil. Mak suka akan ulam jadi kami pun kena la makan ulam. Petai, Ulam Raja ishh macam macam ulam kami makan. Ulam ni bagus sebab ianya fresh tak dimakan. Sayur bila dimasak zat semua dah habis. Nak cantik sila makan petai.. hihihii

 

4. Jarang makeup

Dalam product makeup ada bahan kimia. Bahan kimia tu akan matikan sel sel kulit kita yang sihat. Sebab tu silalah jarangkan diri makeup. lagi lagi pakai makeup dalam jangka masa yang lama. Nasib baik kita ni kena solat 5 waktukan. setiap kali solat kena cuci makeup dan dapatlah kulit bernafas dengan baik
Ainul memang jarang makeup. Make up hanya ke majlis tertentu je. Itu pun light makeup je. tak mau tebal tebal

5. Jangan basuh muka time panas

Jangan basuh muka time tengah panas. korang rasa muka perit , berpeluh tu rehat kejap. dok depan kipas dulu. Jangan terus p basuh. Sebab bila terus basuh orang cakap nanti senang kena panau, muka cepat kedut…yeke? Tak tau la kesahihan nya tapi Ainul memang tak buat.

6. Kurangkan Gula

Korang tau tak gula putih ni boleh cepatkan korang nampak tua. Gula bukan ada dalam air je tau. dalam kuih pun. Pelik la kalau makan takde gula kan. So alternatif nya korang beli gula organik. Boleh beli kat tesco, Gaint, Aeon ada. P kat bahagian organik tu. Mahal la sikit dari gula biasa tapi nak sihat, cantik kann

7. Jangan obses pada pencuci muka aje

Kenapa Ainul cakap gini? sebab dulu Ainul pun ingat nak kulit cantik pakai pencuci uka dah cukup. Sebenarnya bila kita pakai pencuci muka, kita cuci lapisan luaran je. Senangkan laisan dalam kulit kita kena lagi jaga. Bila dalaman tu sihat, luaran akan lahir sihat. Ni luaran tepek krim bagai, dalaman lapisan dalam still kotor.

8. Sabar kalau nak kulit cantik

Ingat ye sel sel kulit kita akan ambil masa 30hari gitu dalam bina baru. So kalau iklan 3hari terus jerawat hilang, 3 jam terus putih penipu la sangat.
Nak jerawat hilang , guna 1 product at least 3 bulan konsistent. kalau makin teruk maka sila la stop.
Gambar hiasa je ye. Muka mak anak 3. Macam macam aksi bila ajak bergambar.

 

Sikit tips dari pengalaman Ainul juga. Kalau nak tahu product pencuci muka apa Ainul guna sila baca SINI, untuk kulit sihat dalaman Ainul makan INI.Jom la share tips korang pulak

8 Replies to “Tips nak dapat kulit bersih bebas jerawat, glowing..”

  1. Dulu masa masih muda remaja memang senang sangat terpengaruh dengan iklan hilangkan jerawat dalam masa 3 hari heheh..Merasa jugakla penangan kulit muka rosak. Sekarang memang extra berhati-hati memilih produk untuk kulit, kalau tak selamat semulajadi memang tak berani la nak cuba.

  2. Setuju sangat yg tips kurangkan pakai make up. Sebab bila make up bakteria kat muka transfer kat brush dengan sponge. Dah la nak membasuh tools nya maleh.

  3. Terima kasih share tips tu Ainul. Perempuan mana yg tak suka kulit glow glow gitukan …. tp tulah kadang tu petua tak terikut. Contohnya minum air lepas bangun tidor tu… memanjang terlepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge