Adik Beradik Ramai Berjaya. Tips Mak Ayah saya

Adik Beradik Ramai Berjaya. Tips Mak Ayah saya

Nampak cite adik beradik ramai yang berjaya dan saya bersyukur saya ada 7 orang adik beradik dan kami bersemua berjaya masuk universiti

1. Lecturer

2.Engineer

3.Engineer

4.Doktor

5.Arkitek

6.Engineer

7.Lawyer

Terima kasih mak ayah yang tegas dalam didik kami.

Yang saya ingat mak ayah dulu

1. Kalau exam teruk, NO TV sampai exam kembali ok. Saya ingat masa form 1 , saya dapat no 2 biasa dapat no 1 jadi denda tak boleh tengok tv huhu.

2. No junk food, fast food. Kami jarang dapat makan maggi, jajan ni. Sampai menyorok nak makan lepas tu buang jauh dalam hutan. Ugut adik yang bongsu jangan bgtau ayah ????.

3. Ayah akan tunggu masa saya stay up study. Siap tanya ” nak kopi ke? ” rindu saat tu. Skrg ayah tanya menantu dia Mat Ikan hang nak teh ke? Tolong bancuh kan utk menantu jek.huhuhu jeles ????

4. P kedai buku wajib walaupun sekadar p beli buku warna, princess. Dulu suka langgan kuntum, dewan siswa (yeke lupa nama apa) ayah akan bagi punya kalau nak beli buku. Setiap bulan posmen akan hantar. Nak beli mainan? Tu serammm nak minta

5. Cuti sekolah ayah akan bawa kami jalan jalan tido hotel. Dan tempat wajib pergi adalah muzium.ayah cikgu geografi ,sejarah jadi bercuti sambil belajar ye ????

6. Mak pernah cakap kat saya dengan adik bawah saya masa kami bgtau mak yang sepupu kawen dengan enginee. Mak cakap ” tak payah sibuk nak kawen dgn engineer, hangpa berdua tu jadi engineer ”

Alhamdulillah saya dan adik kami berdua engineer

Macam tu juga adik bongsu saya. Sebab kalau gaduh kami adik beradik, si bongsu mesti dia je menang. ” hang ni esok jadi lawyer ”

Kami adik beradik pun selalu cakap kat adik bongsu ” hang ni boleh jadi lawyer ”

Alhamdulillah dia lawyer sekarang

Setiap kata kata mak ayah doakan. Jadi nak anak korang jadi apa sebut dari sekarang ????

Apapun anak ramai ke tak ramai yang penting kita sebagai mak ayah jaga amanah yang Allah berikan sebaiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge