Pencuci Muka Remaja Elak Jerawat

Pencuci Muka Remaja Elak Jerawat

Hi semua ! apa khabar.  Sejak ada anak meningkat remaja ni. Banyak juga benda baru belajar. kalau dulu belajar hal menyusu, baby food tapi sekarang semua hal hal anak remaja. hari ni Ainul nak kongsikan pencuci muka remaja yang anak ainul gunakan dan membantu kulit elak jerawat.

Penting ke Pilih Pencuci Muka Yang betul?

ADA yang menganggap pemilihan pencuci muka tidak penting, asalkan ia dapat membersihkan sahaja sudah mencukupi.

Namun, tahukah anda pemilihan pencuci muka yang betul dan sesuai dengan jenis kulit amat penting agar proses penjagaan kulit selepas langkah mencuci dapat menyerap sempurna ke dalam kulit muka.

Bagaimana ingin memilih pencuci muka yang betul?

Pencuci Muka Remaja

Pertama sekali, mencuci muka adalah langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit muka. Mencuci muka adalah untuk membuang segala kotoran daripada tersumbat pada liang pori yang akan menyebabkan tumbuhnya jerawat.

Terdapat banyak pencuci muka yang berada di pasaran. Antaranya berbentuk cecair sabun, berbuih, gel, krim dan minyak.

Tips-tips Memilih Pencuci Muka Remaja Yang Sesuai Dan Terbaik Untuk Kulit


1. Kena tahu dulu jenis kulit kita macam mana

Perkara paling penting kita mesti tahu jenis kulit kita macam mana supaya senang untuk memilih pencuci muka.

Jenis-jenis kulit:

 

 

 

2. Tidak mengeringkan kulit muka
Pernah rasa tak kulit muka menjadi keringd dan rasa ketat selepas mencuci muka beberapa ketika? Pencuci muka jenis ini tidak sesuai untuk anda. Ia boleh membuatkan kulit kering, yang menyebabkan kelenjar minyak akan mengeluarkan lebih minyak untuk mengembalikan kelembapan kulit. Ini yang boleh menyebabkan kulit lebih berminyak dan risiko untuk naik jerawat lebih tinggi!

3. Pilih pencuci muka yang pH seimbang dengan kulit
pH kulit kita dalam pH 5-6, jadinya kita perlu mencari pencuci muka yang berada dalam pH seimbang dengan kulit.

4. Membersihkan kotoran pada muka
Pencuci muka yang bagus adalah yang mampu membersihkan segala kotoran pada kulit muka kita termasuk membuang sel-sel kulit mati. Tapi jika ada lagi kesan kotoran atau sisa makeup pada kapas selepas mencuci muka mungkin cara anda membersihkan muka tidak betul.

Aada betul juga ni sebab Gee cuci muka bila letak cleanser sikit jer ingat dah bersih rupanya salah. Kita kena letak lebih sikit anggaran dalam sebesar syiling 5 sen supaya nutrien dalam clenser ni betul-betul boleh membersihkan muka kita. Cubalah pasni, Gee dah try memang best sangat!

5. Membersihkan kotoran dalam liang pori-pori
Cuba semak ada tak fungsi pencuci muka tu yang betul-betul boleh membersihkan muka hingga jauh ke dalam liang pori-pori kita. Maksud Gee kat sini ialah yang jenis “deep cleansing”. Penting ya ada fungsi “deep cleansing” untuk elakkan liang pori-pori kita tersumbat. Lagi-lagi jika kulit jenis berminyak dan yang selalu guna makeup setiap hari ni sangat perlu!

6. Elakkan pencuci yang ada bahan pewangi atau bahan kimia berbahaya
Sebabnya ia boleh merengsakan kulit, beri alahan pada kulit dan ada risiko untuk merosakkan kulit jadi lebih nipis!

Menurut American Academy of Dermatology, kita perlu elak atau semak jika pencuci muka kita beli ada ke tak bahan-bahan berikut:

  • Paraben
  • Pewangi Sintetik
  • Lauril Sulfat/Laureth Sulfat
  • Quaternium-15
  • Imidazolidinyl
  • Formaldehyde
  • DMDM Hydantoin
  • Phenoxyethanol methylchloroisothiazolinone

7. Memberi kelembapan pada kulit
Selain ada fungsi membersihkan kulit muka, kita kena pilih pencuci yang boleh melembapkan kulit muka. Bukan setakat muka bersih jer tapi kulit kita juga rasa lebih lembut, lebih segar dan boleh bernafas! Barulah gembira rasa lepas cuci muka kan?

Bagi yang banyak duduk dalam aircond tu kena pastikan pencuci muka ada fungsi untuk melembapkan kulit yang kering bagi tujuan mengawal paras minyak dalam liang kulit!

Moga tips untuk pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka ini dapat membantu anda. Pilih yang terbaik dan selamat untuk kulit.

Pencuci Muka Remaja Elak Jerawat

Ini pencuci muka yang Ainul belikan untuk anak. Jenama ni beli di watson atau Guardian je. Senang nak dapat dan harga pun tak mahal.  Kenapa Ainul pilih Neutrogena ni?

Zaman belajar dulu Ainul pun ada masalah kulit yang teruk tau. Tak percaya boleh tengok ni. ni kira bekas bekas hasil kulit teruk dulu. Kalau tak lagi teruk 1 muka kering mengelupas, penuh jerawat jeragat disebabkan salah guna pencuci muka

 

 

@ainul_mustafa Dulu saya pun kulit muka teruk. Banyak jerawat, parut jerawat dan kulit sangat kering sampai menggelupas.
Dan bila ada anak remaja kita pun mesti taknak anak anak jadi macam kita kan. Kalau dulu kita ada masalah kulit teruk jadi kita akan faham perasaan malu, rendah diri, kurang keyakinan diri . jadi kita takkanak anak kita juga hadap benda ni. 

“Mama, tadi kat surau kawan kakak tegur , Eh! cantiknya kulit awak Arreessa. takde jerawat langsung ” ini yang anak sulung saya beritahu balik dari sekolah. Bab jaga kulit anak anak ni saya bermula dari mereka kecil tau. dan bila masuk darjah 5-6 tu lagi jaga sebab masa ni dah mula sikit sikit perubahan anak untuk akil baligh. dah masuk sekolah menengah tu lagi la ye.

Arreessa ni aktif sukan, syair, nyanyian sekolah sampai cikgu cakap ” asik muka awak je ” hahahaha bagus kakak kasi politik sikit kat sekolah. semua muka hang je. tapi akademik jangan lupa.

Pencuci Muka Remaja

Pencuci Muka Remaja

Pencuci Muka Remaja

Ini pencuci untuk Arreessa . Harga tak sampai RM30 pun. kalau ada offer lagi murah. Ainul sebelum kenal Shaklee, Ainul guna brand Neutrogena ni dan akhirnya membantu kulit teruk dulu kembali ok. Tapi parut jerawat hitam hitam tu sukar la sikit.

Jadi untuk tambah baik kulit, Ainul amalkna supplement dan Ainul juga bagi anak makan supplement dari kecil. Jaga dari awal kan.

Supplement Kulit Anak Remaja Elak Jerawat

Apa yang saya bagi adalah

1. ESP

2. Vitamin C

selain 2 ni MAKAN WAJIB JAGA ye. anak anak saya nak dapat makan maggi, fast food, air satebak zuss ke apa memang berzikir la dulu nak minta mama babah belikan. nugget fries pun jarang dapat makan. air manis kalau makan kat kedai tu pun depa suka teh o ais limau je.

“susah la anak saya nak telan vitamin, nak jaga makan ”

semuanya bermula dengan kita mak ayah ni. penyakit keturunan bermula dengan tabiat makan keturunan juga. mak ayah yang beli, yang sediakan makanan. macammana anak anak suka makan fasy food kalau kita mak ayah tak sediakan, tak belikan.

rumah saya tiada stok air kotak, biskut, ice cream, makanan dalam tin dalam kotak. yang ada beras, nasi, sayur, tempe. dan paling teruk ada roti massimo coklat spread gardenia atau nutella. ni Dahlia suka makan. Arreessa kureng sikit.

Bila nampak muka dia macam naik jerawat say akan pesan makan vitamin c extra. esok lusa kecut dah jerawat dia.

makan supplement ni memang kena paksa. beauty is pain okay. bila dia cite kawan puji , mama pun sakan menambah ” hah kannn sbb tu mama bebel makan shaklee setiap hari ”

dan saya petik nama Nadia Noraz dan Nur Ashikin . Tengok kulit kakak nadia dengan Aunty ikin tu cantik kan? sebab diaorang pun makan Shaklee dari kecil macam korang. nak kulit cantik macam diaorang ikut cakap mama hehheheee ( ye saya mak typical Asian Mom hihi)

Jadi pada kawan kawan yang ada anak remaja. jagalah kulit mereka dari awal. kita pun pernah remaja. dan masalah kulit ni boleh buat hilang keyakinan diri, malu, rendah diri, body shamming.

Nak cantik bermula dari apa yang kita makan.

Our food should be our medicine and our medicine should be our food.~ Hippocrates

Pencuci Muka Remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge