Anak Sulungku dah 13tahun

Anak Sulungku dah 13tahun

1.10.2023 hari kelahiran anak pertama saya Arreessa Zulaikha. dan blog ini juga banyak bercerita pasal Arreessa dari saat saya mengandungkan dia, lahirkan dia, kisah menyusukan dia. Pengalaman pertama bersalin czer 13tahun lepas . kalau belek balik cerita lama zaman anak anak masih kecil rindunya. kejap je masa berlalu dan anak pertama dah meningkat remaja. Begitulah kehidupan. Hari ni saya nak kongsikan kisah Anak Sulungku dah 13tahun

Anak Sulungku dah 13tahun: Pengalaman Mengandung & Melahirkan

Saya disahkan mengandungkan Arreessa pada usia saya 26tahun dan menariknya saya tahu saya mengandung pada hari jadi saya. Hadiah hari jadi paling berharga. Sepanjang mengandungkan Arreessa tersangat la mencabar.  Masa mengandungkan dia saya masih bekerja. Masa mengandung juga masih turun ke site , travel tengok tapak projek di Kuala Muda walaupun dah sarat masa tu. Awal kehamilan saya alahan teruk. makan je muntah makan je muntah. Melepek je la keje nya. dan juga masa mengandung saya ada masalah hb low. bacaan hb masa mengandung tu bacaan 10-8 sahaja. Asyik kena bebel je dengan doktor

Arreessa lahir secara pembedahan. dan lahir dengan berat hanya 2.04kg walaupun cukup berat.  walaupun kecil tapi suaranya kalau nanges cukup kuat. dan dari kecil dikenali sebagai “drama queen”. asyik asyik nanges. nak p ke sekolah pun nanges.huhu

 

Pengalaman Membesarkan Arreessa

Syukur Alhamdulillah saya berjaya menyusukan Arreessa sepenuhnya dengan susu ibu sampai hampir 4 tahun. sebab dapat adik lambat hihihi. Zaman kecil Arreessa penuh dengan warna warni sebab Arreessa ni memang jenis banyak mulut. mulut tu tak dok diam. suka menyanyi. bersembang dengan orang. Kiranya dia seorang yang senanng didekati. tapi kelemahannya adalah dia agak jenis orang kena ikut cakap dia je. kakak sulung kot. semua dia aje la betul. kira boleh jadi pemimpin yang bagus la Arreessa ni. \

bab belajar Arreessa ada subjek yang dia power dan juga yang lemah. bab bahasa macam bahasa melayu, english arab dia memang scorer. bab math huhu stress babah dia yang merupakan top student add math hehehe

disebabkan dia jenis berani ke depan, bab bahasa dia suka maka selalu la masuk macam macam pertandingan. teater la, pantomin , sajak, menyanyi di sekolah, baca sajak. bab sukan pun dia aktif juga. tak sangka bab sukan ni. sebab dia masa kecil tak nampak begitu aktif dalam suka. tapi makin besar baru nampak minta dan bakat tu

Hadiah hari Jadi ke 13 tahun

hadiah ni dia dah request lama. Jadi malam tu kami bawa dan bagi dia sendiri pilih. Babah dia pun memaang peminat muzik jadi suka la dan galakkan anak kalau minat beli yang original bukan cetak rompak. baru ada kepuasan dan rasa nak simpan koleksi tu betul betul. babah nya ada 1 bekas besar koleksi cd, kaset original

 

Kepada Arreessa, mama doakan kakak berjaya doa dan akhirat. enjoylah kehidupanmu sayang dan kejar apa jua impianmu. buat sampai dapat !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge