Nasi Padang Sedap Di Klang
Alhamdulillah kita dah hampir ke penghujung Januari 2024 . Bagaimana dengan 22hari di bulan Jan ni. Alhamdulillah kita semua masih sihat, bahagia. semoga rezeki sihat ni sampai bila biula kita dapatkan. Bila sihat semua benda boleh buat dengan gembira. Bila sihat boleh makan sedap. Bercakap pasal makan sedap , saya nak kongsikan satu kedai makan sedap di klang. kali ni saya bawa anda semua makan Nasi Padang Sedap Klang
Ainul pergi dah lama. Bulan Oct 2023 kalau tak silap. Pagi tu mak mertua ajak saya dan suami menziarah kakak mak mertua yang tak sihat di Hospital Klang. Tengah hari tu kami ambil mak mertua kat rumah dan gerak ke Hospital klang sebab waktu melawat pukul 12.30 tengahhari. Sampai kat sana macam biasa la ramai orang. Mencari ward tu senang tapi no katil agak confuse. Penuh betul hospital sekarang. Makin ramai orang sakit
Keadaan makcik kakak kepada mak mertua agak kritikal. Masa kami ke sana tu dia ditidurkan. Yang saya tahu makcik ada kanser mata. 1 mata sebelah kiri kalau tak silap dah kena buang sejak sebelum covid. Selepas mata dibuang dia sihat. Kami bawa dia ke sana sini ziarah keluarga. Kali ni mungkin sel kanser dah makin merebak dan makcik pun dah 80tahun lebih. Semoga makcik cepat la sihat
Selepas melawat dan solat perut dah berbunyi bunyi. masa untuk makan. So kita google je la. Ainul suka google dan percaya rating google lagi dari review tiktok dan lain lain medium. Sebab google review ni selalu customer yang p makan tu review bukan sebab dibayar. Banyak kali follow google punya cadangan memang tak mengecewakan
Asalnya cari nasi area Klang yang dekat dengan Hospital Klang je. taknak jauh jauh. sebba dah lapar hehhee.. Bila google paling dekat dengan Hospital Klang adalah restoran ini dan tengok rating google adalah 4. oklah kena try
Tips dari saya sebagai pengguna google review yang tegar ni adalah silakah baca review ye. kalau majoriti bagi feedback yang bagus maka insyaALLAH sedap , kedai bersih , harga berpatutan ye. korang ambil star yang tinggi ye.
Inilah kedai nasi padang yang Ainul ceritakan ye. Tempat parking senang sebab area kedai cuma mungkin ikut masa bila korang datang tu. time lunch mungkin susah la sikit. Ainul p sana dalam pukul 2 lebih. Jadi parking banyak
Lauk pauk di Nasi Padang Sedap Klang
nasi padang terkenal dengan lauk yang banyak. lagi sambal, rendangnya. memang rambang mata la nak pilih lauk. Jom kita tengok apa yang ada di sini
Sambal hijau merah dia jangan lupa. pedas ke? bagi Ainul tak pedas sangat pun. biasa je. ni level tahap kepedasan Ainul la ye. Sebab Ainul kuat makan pedas. So level pedas sambal sini tahap 3-4 je. Apapun ikut selera lidah masing masing la ye
Harga macammanba pulak ye? Harga bagi Ainul bukan la kategori murah giler tu tak la. Mahal sangat ke? pun tak juga. sedang sedang je la. sebab kami pun ambil lauk biasa je. Apapun boleh try la datang sini.