Tips Jaga Kulit Anak Remaja Supaya Tak Berjerawat Teruk

Tips Jaga Kulit Anak Remaja Supaya Tak Berjerawat Teruk

Blog ni dulu bercerita kisah Arreessa baby baru lahir, Arreessa menyusu, makanan pertama dia. pejam celik tahun ni dah 13tahun usia dia. Blog ni pun dah 14tahun dah umur. Dah remja juga blog Ainul ni. Bila anak mulai meningkat usia remaja macam macam pengalaman baru pulak yang kita belajar. dan salah 1 nya adalah peralihan akil baligh. Arreessa 13tahun masih belum datang haid lagi. Bila nak akil baligh ni macam biasa la perubahan emosi, perubahan fizikal. dan masalah sejagat dari zaman kita remaja dulu sampai sekarang adalah masalah jerawat . hari ni Ainul nak share cara tips jaga kulit anak remaja supaya tak berjerawat teruk

Kenapa Kulit Remaja Senang Naik Jerawat?

Jerawat merupakan sesuatu yang lazim. Hampir semua orang akan mengalami jerawat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Namun, masalah jerawat selalunya paling teruk ketika remaja. Antara punca jerawat naik mendadak pada waktu ini ialah perubahan hormon.

Jaga Kulit Anak Remaja

Menurut statistik, hampir 80% remaja terkesan dengan masalah jerawat. Selain itu:

  1. Jerawat paling lazim berlaku kepada individu berusia 12 hingga 25 tahun.
  2. 3 daripada 10 remaja mempunyai masalah jerawat yang teruk.
  3. Parut selalunya akan muncul pada wajah akibat jerawat. Namun, jerawat juga boleh naik pada bahagian badan yang lain termasuklah leher, belakang badan dan dada.
  4. Jerawat remaja selalunya berkekalan sehingga 10 tahun (tanpa rawatan). Masalah ini akan hilang dengan sendirinya ketika usia menginjak 20 tahun.

Punca utama jerawat remaja adalah hormon. Semasa baligh, tubuh anak remaja anda mula menghasilkan hormon-hormon yang dipanggil androgen yang menyebabkan jerawat, yang lazimnya tumbuh di muka, leher, bahu, bahagian belakang, dan dada.

Apabila terdapat hormon-hormon yang berlebihan, kelenjar sebum (kelenjar minyak) kulitnya menjadi lebih aktif. Ia bercampur dengan sel kulit mati dan bergumpal serta menjadi palam yang melekit lalu mengakibatkan jerawat. Ini memerangkap minyak dan bakteria dan menyebabkan keradangan. Apabila ini berlaku, sel darah putih terkumpul di bahagian kulit tersebut dan mengakibatkan jerawat putih.

Selain daripada paras hormon yang berubah-ubah, penyebab jerawat remaja termasuklah penjagaan kulit yang tidak sempurna, alahan makanan, ketidakseimbangan pemakanan, dan keturunan. Berita baiknya, bagi kebanyakan orang, jerawat akan hilang hampir sepenuhnya apabila mereka melepasi umur remaja.

Sumber :Hellodoktor, mypositiveparenting

Tips Jaga Kulit Anak Remaja Supaya Tak Berjerawat Teruk

Arreessa seorang anak yang aktif di sekolah dengan pelbagai aktiviti. Pertandingan menyanyi , pentomin, lumba lari , teater dan macam macam. Bila aktif dengan acara sukan tu setiap hari kena berlatih di tengah panas. Berpeluh, bau badan nya jangan cakap la. fuhh pening mama dia.

selain sukan Arreessa aktif dalam aktiviti macam teater, pentomin, baa puisi la. paling menabar bila antara terpilih untuk persembahan teater bersama dengan student Uitm. 2 minggu berlatih setiap hari dan kena make up tebal nya

 

Alhamdulillah antara tips ni yang Ainul ajar Arreessa buat sejak dia kecil dan tambah baik bila dah 11 tahun tu . setakat ni kulit muka dia masih bersih. pernah naik jerawat tapi kejap je dah hilang tanpa hilangkan parut

Antara Tips yang kami Amalkan Untuk Jaga Kulit Anak Remaja

1.Jaga Kebersihan

Benda asas kan. Baju seluar tudung dan anak tudung kepala tu kena kerap basuh. Baju sentiasa bertukar. Bukan itu je adar sarung bantal juga at least seminggu sekali tukar basuh. Pencuci baju pun Ainul guna organik punya. nak pastikan tiada bahan kimia yang boleh rosakkan kulit. Bab kebersihan ni kita mak mak memang kena bebel sentiasa. Budak budak ni bila penat malas nak mandi la tukar baju la. dapat mama kuat bebel garang tegas ni memang kena bergerak la buat. bebel pun untuk mereka juga.  Jerawat, penyakit apapun bermula dari kebersihan. Rumah kotor mula la allergik la, gatal la, kulit berjerawat , kutu ishh semua ada la. Jadi basic asas adalah jaga kebersihan badan, kebersihan rumah, kebersihan pakaian dan semua la

2. Pemakanan

dari anak anak baby, Ainul memag strict bab makan ni. Mereka tak kenal sangat susu formula, nestum. Dari baby Ainul akan buat homemade food walaupun sibuk keje engineer dulu. Bangun pagi pagi masak baby food untuk Arreessa. dan bila dah boleh makan pun fat food, jajan semua memang boleh kira dengan jari mereka ni dapat makan. Maggi, ramen tu semua sangat jarang dapat makan. Tapi bukan la tak pernah makan. Kami pun manusia nak menikmati nikmat dunia, makan sedap. Cuma jarang sangat. pemakanan yang baik akan hasilkan kulit yang baik, sihat. Arreessa sendiri jarang minum air gas, air viral starbuks,tealive. Sebab Ainul dan suami pun jarang minum. tabiat makan bermula dari kita mak ayah. kita yang ajar anak anak kita.

kami makan je macam macam jenis lauk. tapi air tu pilih air kosong dulu dari air manis. teringin sangat air manis sekali sekali boleh je. Takla diharamkan langsung ye. Bersederhana dan kurangkan pengambilan. Bukan hari hari.

3. Stress

Bukan orang dewasa je ye ada stress ni. Anak anak pun stress. lagi sekarang subjek kemain banyak. nasib baik takde exam dah sekarang. Mana nak kejar kelas KAFA, sekolah harian. jadual yang padat , dengan cuaca panas boleh jadi stress ye. dan anak anak sekarang banyak bermain gadjet dari bermain kat luar. betul ke? Style Ainul adalah untuk bermain gadjet ada had masa. 1-2 jam sahaja. itu pun kena makan, kemas rumah, buat kerja sekolah dulu baru boleh main. dan anak anak tiada handphone sendiri. handphoe semua babah mama punya. dan selepas asar dalam pukul  petang kena keluar bermain kat taman.

Bersyukur dapat jiran jiran yang baik. anak anak dengan anak anak jiran pun rapat. tak perlu suruh keluar main. ni asyik keluar main je. p rumah sana sini, datang rumah Ainul main, sleep over la.

Sekali sekala bawa anak anak p grounding. p pantai, sungai, hutan ke. melihat, merasai nature. mood anak anak dan mood kita orang dewasa pun kena refresh.

4. Supplement

Ainul start makan Shaklee masa Arreessa 1 tahun. dan Arreessa juga dah mula makan Shaklee dari 1tahun. Ainul abgi dia macam omega guard, nutriferon, cheable C, Vitalea kids. dan bila dia dah 11 tahun Ainul dah mula bagi vitamin C, ESP, ostenutrix. mulanya memang kena paksa. tai bila dia sendiri rasa badan sedap, cergas, tak sakit badan bila berlatih sukan setiap hari, dia sendiri ambil makan. dan ini pun bermula dari kita amk ayah. kita nak anak makan supplement tapi kita mak ayah pun liat, malas nak jaga diri. Kita cerminan anak anak kan. jadi sama sama makan.

Jaga Kulit Anak Remaja Awal Perlu ke?

Bagi Ainul sangat penting. Jaga luaran, dalaman. terutama dalaman. bab pemakanan wajib jaga. kalau kita dengar sekarang umur 11tahun dah ada kena buang ovari sebab cyst. ye isah benar ni ye. terkejut kan? Ada yang muda remaja dah kena kencing manis. dari mana ianya datang? ofcos dari pemakanan. Kita jaga setiap sudut bukan nak kulit cantik, takde jerawat sahaja. Tapi nak sihat. Anak anak adalah pemimpin masa depan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge