Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Raya , Raya, Raya!! Selamat Hari Raya kami ucapkan pada semua ! siapa yang baca sambil menyayi tu? hehhe biasalah kan tengah mood raya. Apapun saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang baca blog saya. Mohon maaf kalau ada salah silap. tersalah tulis sehingga mengguris hati yang membaca.

Sebulan berpuasa tahun ni sangat la mencabarkan. dengan cuaca panas bahangnya. Sangat menguji keimanan, kesabaran. Ada masa sakit kepala tahan panas. nak masak lagi.Bersyukur ada air oren angkasawan ni membantu cecair bendalir dalam badan tak cepat hilang. Anak anak minum masa sahur pun tak lembik sepanjang hari walaupun kena jalan kaki p sekolah.

Bagaimana persiapan raya korang? Ainul bersederhana sahaja setiap tahun. baju raya adalah 1-2 pasang untuk diri sendiri , anak anak. Mana baju raya tahun lepas masih muat pakai boleh pakai baju. Ada yang konsep mix and match je. Boleh baca kisah Ainul dengan anak anak beli baju raya. Baju raya mana pilihan anak anak?

Cerita Selamat Hari Raya 2023

Baju Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

 

Untuk baju raya tahun ni, tema anak anak pilih warna pink.  Ainul akan pilih baju anak anak dulu. dari situ Ainul akan cari baju Ainul yang match dengan anak anak. Macam biasa lah baju mak kena last sekali. sebab Ainul kena tawaf 10 mall butik baru beli hehhe.. sampai Arreessa cakap ” mama ni cerewet betul ” hihiihii tak cerewet bukan Ainul Mustafa la nama nya ye

Baju anak anak beli kat mana> baju anak Ainul selepas survey beberapa tempat mereka sepakat memilih design dari Poplook  .  Design nya simple , kain lembut dan selesa. Selesa element penting bagi anak anak. sebab mereka lasak, nak bermain, berlari, nak makan. Arreessa dah 13tahun jadi kena pilih saiz s dewasa. saiz s ke xs macam tu la. apapun anak anak suka. dan harga pun tak mahal mana.

Untuk baju raya suami, dia suka memilih kurta berbanding baju melayu. lebih selesa, boleh pakai ke mana mana macam nak p solat jumaat, open house, kenduri. Tahun lepas dia beli kat Omar Ali. Tahun ni suami beli di Jakel. Special lagi baju yang dia pakai adalah kurta kids saiz 14 hehe

Selamat Hari Raya

klau dulu baju melayu ke kurta saiz XXL, XL . Sekarang saiz s pun besar bagi dia. Alhamdulillah berkat usaha kerja keras nak turunkan berat badan.

Untuk baju Raya Ainul , Ainul memilih baju raya jenama Clasa. Ni Ainul beli di Icity Mall je. Alhamdulillah masih muat menyarung baju saiz S . Baju Clasa ni sangat seleas, kain lembut. Suka sangat sebab betul betul terletak dan elok dengan badan Ainul. Bila kita ni bentuk badan tak berapa model jadi ada baju saiz s tapi ketat tang bontot. ambil saiz besar bahu pulak jatuh. Faham tak perasaan ku ini. Masa cuma Clasa ni terus tanpa fikir panjang beli. suka sangattt

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

tadaa nilah baju clasa tu. dan tudung Ainul beli malam raya last mini punya. Butik pun nak tutup hehhe. Ainul beli brand SofeaRose. SofeaRose antara brand tudung febret Ainul. Ada beberapa koleksi dari Sofearose juga sebelum ni. Terima kasih suami yang belanja belikan baju raya tudung raya. i lebiu muahhh muahhh semoga murah rezeki awak. tahun depan dapat extra lagi boleh saya beli mimpikita, duck pulak hehhehe

Biskut Raya

Setiap tahun ainul dengan mak akan order biskut raya dengan akak ni. Sedap biskut raya dia. dia guna bahan bahan premium tau. Jadi sedap beza dengan biskut lain. Kiranya setiap tahun Ainul dengan mak pelanggan tetap akak tu. Alhamdulillah tahun ni ada rezeki dapat order lagi dengan akak tu . Korang boleh ke FB Kak Amie ni ye.

 

biskut raya dah nak habis baru nk ambil gambar ye. hihihihi biskut raya ni anak anak je makan. belum sempat tetamu datang ni. kena order lain agaknya. kalau korang order lain ke tak?

Raya mana tahun ni?

sejak berkahwin , Ainul dan suami setiap tahun akan buat sistem giliran tanpa gagal, tanpa bergaduh. Alhamdulillah.  Tahun lepas raya mengejut kami raya di kampung Ainul. tahun ni raya Jumaat ke Sabtu ,adalah giliran sebelah suami di Shah Alam. Jadi tahun ni relax sikit tak perlu nak stress jem balik kampung. dan kebetulan parents Ainul pun taknak balik kampung . maka dua dua belah la raya di Shah Alam. Walaupun dua dua belah team raya Shah Alam, keutamaan tetap pada sebelah suami sebab turn family dia kan

Selepas solat Aidilfitri, kami ke rumah mertua dulu di Seksyen 8 Shah Alam. Tahun ni Ainul sediakan menu nasi lemak untuk keluarga mertua. Alhamdulillah berselera semua makan. selepas settle bergambar di rumah mertua, makan, bagi duit raya pada anak anak sedara, kami ke rumah adik Ainul pulak. Family Ainul semua berkumpul di rumah adik tahun ni

 

 

Jom layan video yang sempat saya buat. tak pandai sangat. biasa biasa je la ye. Apapun ianya akan jadi kenangan raya bersama. jom kita tengok . Hari raya ni hari keseronokan terutama anak anak. Macam kita pun sekarang mesti teringat zaman kecik kecik dulu jalan raya rumah ke rumah kutip duit raya kan

 

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Alhamdulillah tahun ni diberikan kesihatan yang baik dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Syukur mak ayah, mertua pun sihat dapat berpuasa dan beraya bersama sama. Raya tak akan sempurna tanpa keluarga kan. Semoga kami sekeluarga sihat sentiasa dimasa akan datang.

Daun dianyam makin tersimpul,

Gulai di dapur terlebih santan,

Sanak saudara riuh berkumpul,

Sambut lebaran penuh kesyukuran. 

Dalam kerendahan hati,

ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta,

ada kekayaan jiwa,dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,

dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa, mohon ampun dan maaf atas segalanya,

selamat hari raya maaf zahir dan batin, terima kasih

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 dari saya sekeluarga Faiz Saaid, Ainul Mustafa, Arreessa Zulaikha, Ariana Maryam dan Aqeela Dahlia 

Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Ampun dan maaf dipinta, Sekiranya ada tersilap tingkah laku dalam bergurau senda

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN diucapkan kepada semua pembaca ainulmustafa.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge