Baju Raya Bawah RM100 Untuk Anak Perempuan

Baju Raya Bawah RM100 Untuk Anak Perempuan

Pejam celik pejam celik dah masuk 15 Ramadan dah kita. lagi 2 minggu Aidilfitri pulak bakal menjelang. dah siap ke persiapan raya? Bila dah jadi mak mak ni , persiapan raya ni banyak untuk rumah, anak anak je. Dan masa ni semangat nak cari baju raya untuk anak anak. Zaman ekonomi tak berapa elok ni kita cari yang murah tapi berkualiti. Nak tau tak baju raya bawah RM100 untuk anak perempuan? Anak lelaki takde ke? ala sori sayang sebab saya takde anak lelaki jadi saya lupa nak survey baju budak lelaki. i kan ada anak perempuan 3 orang jadi semangat lain macam kalau baju girls ni hehehe

Minggu ke dua puasa dah plan dengan adik beradik nak shopping raya. Rezeki kami adik beradik duduk dekat dekat. Jadi kalau bab shopping raya memang suka p ramai ramai. Jadi banyak la pendapat, idea, tukang komen, tukang kutuk kritik semua lah .

Awal pagi semua datang berkumpul kat rumah Ainul. sebab plan nak ke Setia Sity Mall dulu. Sekali mak pun nak join anak anak perempuan dia shopping. Memang keturunan kaki shopping. Ikut mak la kan. hehe . Mak Ainul punya shopping lagi dasyat tau. Ribu ribu sekali shopping tu biasa. tudung Bawal Exclusive harga beratus ribu pun dia beli. Ainul belum lagi la nak beli tudung ribu ribu. Kepuasan, kegemaran kita tak sama. Janji mak happy

Destinasi pertama kali hari tu, kami ke Butik Hijabistahub. Asyik orang viral sana sini. teringin la juga nak cuba.  Sampai sebelum butik buka pun dah ada yang beratur. Hari biasa tu. kalau weekend tak tau la.

ini hasil saya mencuba baju di Hijabistahub. sempat try 2 pasang je. ni pun berpeluh peluh fuhhh nak try. panas weii sebab material baju ni tebal, kainnya kasar. ini taste saya la ye. baju marron tu cantik tapi untuk bentuk badan macam saya yang ada pinggul yang besar macam tak sesuai nampak lagi besar huhuhuu

Ok nak cite pasal baju raya anak anak kan. Kasi can mak la dulu melaram hehe

Ini hasil survey Ainul mana yang sempat je la ye. Tak banyak sangat pilihan yang cantik cantik dan yang AInul kongsikan ni mana yang Ainul berkenan, material kain nya sedap sejuk sesuai untuk anak anak.

Tips Memilih Baju Raya Anak Anak

1.Jenis Material, Kain

Bab paling penting bagi Ainul. Bukan pasal jenama, harga ke apa. Ada je brand kemain gah tapi material kain nya jenis yang murah murah. tebal kasar. Tau la cuaaca kat Malaysia ni panas litlit. Mau berpeluh peluh anak anak nak pakai lama. Pastikan kain jenis lembut, sedap pakai . Masa raya pulak kita selalu balik kampung, beraya rumah ke rumah.  Jadi penting sangat pilih kain yang betul. Salah pilih boleh jadi bad mood anak anak. Anak mood tak elok , kita juga boleh jadi bad mood tau

2. Fesyen

Untuk anak anak Ainul suka design yang simple. Sebab ni jarang beli online. Suka bawa anak anak cuba. Kadang nampak model pakai kemain. Bila anak pakai berkepuk kepuk. nak lari, nak jalan, nak duduk susah. Ada tangan yang meleret berkepuk kepuk udah nak makan pun susah. Bila mudah kotor , kita pulak bebel pening nak sental segala minyak lemak rendang ketupat tu. Jadi pastikan fesyen yang tak over melampau. Ainul nagi kebebasan pada anak anak untuk memilih. Bagi mereka rasa selesa. nak pakai berjam jam kan. taknak la untuk gambar je

3. Saiz 

Kena ukur betul betul ni kalau beli online. Pernah beli online masa PKP dulu. Berkali kali ukur. dan masa beli tu doa harap okay. Alhamdulillah ok elok terletak baju pada anak anak. Ni dah boleh keluar bawa anak anak shopping sendiri try baju mana yang ok. Bab saiz ni jangan terlalu kecil dan terlalu besar. Ada yang beranggap beli besar sikit nanti boleh pakai lama tapi bila besar ianya jadi menggelebih. Lengan baju panjang, kain panjnag. nak pakai tak selesa. kejap kejap kain meluruh jatuh pulak. Tak comel juga dalam gambarkan . jadi pastikan saiz elok kena badan badan. Itu yang orang cakap ukur baju di badan sendiri.

 

baju raya anak perempuan

4. Harga 

Harga ni ofcos la kena masuk dalam list budget kan. melainkan korang memang shop without looking at the price tag oklah. zaman ekonomi sekarang ni langkah berjimat jimat penting juga. jangan berboros belanja nak raya punya pasal, lepas raya korek tabung pulak. dan tak dinafikan baju budak budak harga sekarang kemain mahal.kalah baju orag dewasa harganya. akan tetapi ada je baju raya budak yang masih murah. Kitalah kena bijak memilih kan

Ini yang Ainul sempat survey di berapa tempat. Sibuk tahun ni tak sempat nak tawaf banyak lagi tempat hehe. Tapi ada seminggu lagi nak raya kan. jadi sempat lagi survey

Poplook

Ini baju di Butik Poplook. Harga RM99 dengan design yang pelbagai. material kain lembut sejuk. sesuai sangat untuk anak anak. dan ianya ada saiz remaja juga. Macam Arreessa 13tahun susah juga nak cari saiz dia. kebanyakkan saiz kanak kanak sampai 10-12 tahun je. dan bila ambil yang dewasa saiz xs, s pun besar bagi mereka. Kat Poplook ni ada saiz Arreessa. saiz s rasanya dia ambil ok sangat dengan badan kecil Arreessa

baju raya anak perempuan

2.Booth di SCM

baju raya anak perempuan

baju ni sangat cantik. kain sejuk lembut.  Bila Maryam cuba ni comel sangat . dia pun cakap selesa. Kat mana ni? ni ada di booth di Setia City Mall. Booth dia betul mengadap Watson. Boleh la try ye kot berkenan. Kain dia comel. berfesyen ala pario. Match dengan boy tau.

 

3. Bayu Somerset

ni ada butik dengan booth di Setia City Mall. Boleh p mana mana. Cuma kat butik ada banyak pilihan, senang nak try. kat booth banyak design saiz dewasa

baju raya anak perempuan

dan beberapa hari selepas ke Setia City Mall ni, Ainul ajak suami ke Aeon Mall Shah Alam. Dari survey di Aeon Mall baju murah murah cuma tak banyak design yang menarik bagi Ainul. Mungkin Ainul mencari desigan yang lain kan. Apapun korang tengok sendiri la ye. Kat booth bawah pun tak ada pilihan yang menarik sangat.

Ainul ada juga ke Icity Mall dan Ariani. Ada yang cantik cuma harganya atas RM100 la. kalau korang tak kisah bab budget atau memang budget atas RM100 boleh la terjah sana ye.

Sekian sahaja survey jalan jalan cuti mata untuk mencari baju raya. Alhamdulillah baju raya anak anak dah sette. baju raya mak diaorang ni je belum lagi ada huhuhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge