Doa Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari. Hidup lebih Tenang Ceria
Menjadi wanita , ibu, isteri, pekerja ianya bukan lah sesuatu yang mudah. Ada masa serabut , stress, emosi terganggu dengan pelbagai masalah. Tapi kita kena kuat untuk lawan semua tu sebab anak anak keluarga perlukan kita. hari ni Ainul nak kongsikan doa bagus untuk wanita amalkan dan beberapa gaya hidup kita yang boleh kita tambah baik untuk hidup lebih baik
kajian syarikat media dan maklumat, Nielsen di Amerika Syarikat mengenai golongan paling tertekan di dunia yang dilaporkan di media kelmarin. Wanita Malaysia pada tangga ke-16 dengan hasil kajian mendapati 44% wanita termasuk dalam kumpulan ini.
“Apabila prestasi anak merosot, wanita cenderung untuk memarahi anak atau berleter kerana rasa bertanggungjawab, sekaligus meningkatkan tekanan perasaan, berbanding bapa yang lebih tenang memberi nasihat.”
“Wanita juga berusaha sedaya upaya menyelamatkan hubungan walaupun sudah tiada harapan. Jika keluarga bahagia, mereka sendiri mencetuskan tekanan termasuk curiga terhadap suami,” katanya.
Kajian antara Februari hingga April lalu membabitkan 6,500 wanita di 21 negara dengan wanita di India mendahului senarai berkenaan dengan 87%. Sebanyak 13.5 juta daripada lebih 27 juta penduduk di negara ini adalah wanita.
Tips Menjadi Wanita Tenang
Tips ni saya dapat dari facebook yang saya rasa sangat bagus dan berguna untuk kita jadi wanita, isteri, ibu ,anak, pekerja yang lebih baik dan juga bantu kehidupan kita lebih tenang
Doa Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari. Hidup lebih Tenang Ceria
1. Doa Bagus Untuk Wanita hindari rasa cemas
Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali.
Ertinya: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat.”
2. Doa Bagus Untuk Wanita agar hati tenang
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.
Ertinya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
3. Doa agar hati tenang (Al Baqarah 250)
Rabbanaa afrig ‘alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal qaumil kafiriin.
Ertinya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”
4. Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani)
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”
Setelah membaca doa-doa tenang hati tadi, anda juga boleh lakukan lima perkara ini untuk memulihkan suasana hati.
Pertama sekali anda boleh memgambil wuduk. Cara ini sememangnya dapat memberi ketenangan dengan serta merta.
Kedua anda boleh melakukan senaman ringan agar tubuh anda berada dalam keadaan aktif yang berperanan memberi ketenangan fikiran.
Seterusnya, anda cuba pratikkan teknik pernafasan untuk menenangkan diri. Ini sangat membantu bagi melepaskan mood negatif dalam diri.
Keempat, anda sebaiknya disarankan minum air sejuk untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyejukkan fikiran.
Jom jadi wanita yang tenang Gembira dan Berjaya
Kita sendiri yang boleh ubah diri kita. jangan biarkan diri kita jadi mangsa, kena buli. jom bangkit wanita dan melompat lebih tinggi