Celebrate Birthday di Kfry Setia City Mall

Celebrate Birthday di Kfry Setia City Mall

6 July 2014 lahirkan puteri ke dua mama babah bernama Ariana Maryam. pejam celik 2023 ni Maryam dah 9tahun. Alhamdulillah. Tahun ni kami bagi anak anak pilih nak celebrate birthday mereka kat mana. dan Maryam memilih Celebrate Birthday di Kfry. dan Kfry paling dekat dengan rumah adalah di Setia City Mall.

Balik je dari sekolah, mandi solat maghrib kami ke Setia City Mall. Nasib baik hari biasa jadi senang parking dan orang tak seramai di hujung minggu. Kami tak booking pun. walking je. Kalau korang datang weekend rasanya kena book sebab kfry sini selalu penuh je. Kami datang awal jadi tempat banyak kosong lagi.

Celebrate Birthday di Kfry Setia City Mall

Ni first timne makan kat Kfry ni. sebab selalu penuh sampai orang beratur kat luar. Makanan korea kami selalu makan di Myeongdong Topokki . Kali ni ubah selera ikut selera birthday girl. Menu apa nak makan pun anak anak yang pilih. Ainul dengan suami malam jarang makan dan kali ni makan je apa sahaja pilihan anak anak. Tekak orang melayu hehehe

ni dapat free je. mama babah la makan. sedap juga ni

Celebrate Birthday di Kfry Setia City Mall

ayam goreng kfry ni portion dia besar. jenuh nak habiskan kami 5 orang pun. sebab saya dan suami memang dah kurang makan ayam ni. anak anak order ayam ni, ramen spegatti la macam macam lagi. lupa nak snap gambar. husband yang ambilkan gambar. lepas tu entah la mana gambarnya

 

Air pulak anak anak order ice lemon tea je. Air masak ada dapat free. Air gas memang Ainul tak benarkan anak anak minum. Jadi pilihan yang ada paling ok dalam semua ice lemon tea je la. ni pun tak habis minum budak budak ni.

Celebrate Birthday di Kfry Setia City Mall

Kfry takde kek. maryam cakap dia taknak kek. Jadi kami pilih croffle ada icecream. Masa order ni Ainul beritahu waiter tu request untuk nyanyikan lagu birthday. Lagi lilin tu mereka sediakan

Celebrate Birthday di Kfry Macmana nak Request nyanyi lagu birthday?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ainul Mustafa (@ainul_mustafa)

Masa waiter datang ambil order terus beritahu nak request nyanyikan lagu birthday untuk anak. Masa ni maryam dah terdengar so takde la surprise sangat. kalau korang nak suprise mungkin boleh booking awal

Yang best 1 restoran kfry nyanyi untuk Maryam. meja sebelah pun sekali nyanyikan untuk Maryam. Rezeki dia

Celebrate Birthday di Kfry Setia City Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge