Tips Travel Bersama Anak Anak

Tips Travel Bersama Anak Anak

Masa kita bujang travel sendiri dengan kawan kawan atau dengan pasangan bila dah kawen tu lebih mudah berbanding bila nak travel dengan anak anak. Tak kiralah travel luar negara atau dalam negara ianya tetap ada cabaran bila dengan anak anak ni. Jom saya kongsikan tips travel bersama anak anak

Bila travel dengan pasangan, kawan kawan aktiviti kita akan lebih lasak, nak keluar sampai malam pagi pun takde hal. kawan kawan taknak keluar kita boleh keluar sendiri kan. takde hal nak buat aktiviti sendiri. tapi sangat berbeza bila kita dengan anak anak . Anak anak ni tak semestinya yang baby tu susah, yang besar remaja ni pun boleh tahan macam macam kerenah nya ye

5 Tips Travel Bersama Anak Anak

1.Rancang Percutian

Benda paling utama mestilah kita ada perancangan ke mana kita nak pergi kan. Kalau kita berdua dengan pasangan atau kawan kawan mungkin destinasi kita ke bukit gunugn, pulau dengan aktiviti nak naik banana bot la snorkelling la. Tapi bila nak bawa anak anak tu kena tengok kena plan percutian kita tu sesuai ke dengan anak anak. Macam Ainul yang ada anak eczema trigger asthma ni kena pastikan tempat yang betul sesuai dengan anak. Tak boleh panas sangat, tak boleh sejuk sangat. tempat yang nak pergi tu ada ke kawasan yang boleh buat ada allergik. Kalau nak juga ke tempat macam tu juga kena ada back up plan juga.

2. Kenderaan

Tips Travel Bersama Anak Anak 
naik train dari Jogja Ke Jakarta 8jam

Bila dah plan ke mana nak pergi tu kami akan plan pulak nak naik apa. Bas ke flight ke atau naik kereta. Setiap kenderaan yang kita pilih pun kena sesuai dengan keadaan anak anak. kalau pilih nak naik flight kalau anak masih kecil dan tak biasa naik, better pilih flight malam. masa yang dia tidur. jadi boleh kurangkan meragam dia. Kalau nak naik boat pastikan kita tahu anak kita bukan jenis mabuk laut. sediakan apa apa yang perlu kalau terjadi hal ni

malah nak naik kereta pun kena sediakan macam maca. makanan air. yelah kat Malaysia ni mana mana pun jam teruk. berjam jam dalam kereta. Dengan anak kecil ni akan cepat bosan, cepat lapar, nak buang air. masa ni lah pulak RNR penuh. jadi apa nak buat? kami selalu guna jalan lama. Jadi senang nak berhenti beli makanan, nak ke tandas boleh singgah kedai makan, masjid.

3. Aktiviti Percutian

Tips Travel Bersama Anak Anak

Pergi bercuti takkan nak duduk dalam bilik je kan. Jadi kena plan apa nak buat. Aktivti yang juga aktivti yang anak anak suka. Anak anak saya ni dapat mandi kolam kat hotel tu dah seronok dah. tu jelah aktiviti nya kalau boleh seharian. Selain tu tempat makan. Kami ni jenis tak makan sangat kat tempat viral. yelah ada anak anak ni tak berapa gigih nak beratur panjang. Kalau boleh booking siap siap. Jadi sampai boleh makan terus. Maklum la ye anak anak ni ada fasa okay ada fasa meragam. kalau bila perut dah lapar. Jadi nak elak kita mak ayah ni stress , bad mood jadi baik pilih tempat yang tak viral tapi sedap

4. Stroller dan babywearing

Tips Travel Bersama Anak Anak 

 

Jangan lupa bawa 2 ni ye. Ada tempat yang sesuai bawa stroller dan ada tempat lebih baik babywearing. Stroller ni penting selalu terjadi pada saya, masa nak ke tempat makan ceria je. sampai kedai makan , makan sesuap dua dah tertido. Jadi ada stroller mudah kita mak ayah nak enjoy makan. babywearing ni saya bawa kalau nak ke tempat yang padat dengan orang. Jadi nak memudahkan berjalan kita babywearing lebih selamat. Bila anak ramai ni, dua dua kena ada. hehe.

5. Ubat & Supplement

Ini sangat penting ye. Saya pernah ke Jogjakarta dan Arreessa kena cirit birit, muntah. nasib baik bawa segala supplement untuk kanak kanak. Cepat lega. Ada juga kes p travel anak demam. Bukan anak je kita mak ayah pun sama. jadi stand by siap siap basic ubat macam demam, cirit birit dan supplement untuk bantu badan bertenaga. Nak bercuti nak bergembira kan.

 

Tips Travel Bersama Anak Anak : Erat Hubungan Keluarga

Travel bercuti tak kira ke mana, membantu mengeratkan hubungan kita sekeluarga. Ada orang cakap “alaaa p travel bercuti pun penat, gaduh ”

duduk rumah pun gaduh juga kan? hehehe nak gaduh, nak marah kat mana mana pun boleh. Tapi bila kita keluar berjalan jalan ianya membantu mood, emosi kita anak anak pasangan jadi lebih baik. Anak meragam tu biasa. sebab nilah perancangan tu penting. Bukan kita je nak selesa. anak anak pun sama. dan kita utamakan keselesaan anak anak. isi perut mereka dulu insyaALLAH mood mereka akan baik

 

Tips Travel Bersama Anak : Next destinasi kami

InsyaAALAh dalam perancangan nak bawa anak anak ke Disneyland Jepun. jadi sebelum ke sana kita rancang dulu apa yang patut. Nak tahu kisah travel kami ke sana? tunggu !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge