Tips Business Online Guna Blog

Tips Business Online Guna Blog

zaman sekarang semua business sudah mula beroperasi secara offline atau online dan secara online sekarang ni wajib ada kan. Ada yang guna IG, FB, Tiktok, blog dan apa apa sahaja medium online untuk mempromosikan business mereka. mediuam business online ni ada banyak dan setiap medium ada kelebihan, kekurangan, ada peminat tersendiri. Hari ni saya nak kongsikan tips business online guna website blog. Masih releven ke kini?

Tips Business Online Guna Website Blog

Saya bermula belajar buat business dari blog inilah sehingga kami buat pulak blog khas untuk business sahaja. dan 90% sales kami setiap bulan lebih dari RM30k malah pernah mencecah RM100K++ sebulan hanya dari blog. Saya ada juga guna medium lain tapi tak seaktif di blog. dan sehingga kini kami masih aktif business di blog dan setiap hari sales masuk melalui blog

Tips Business Online Guna Blog – Sales Yang Kami dapat

Alhamdulillah kelebihan guna blog ni adalah kita boleh reach ramai orang di seluruh dunia bukan Malaysia sahaja. Majoriti customer saya adalah mereka yang tidak dikenali tapi akhirnya menjadi kawan

Antara sales datang dari blog. tau kan harag vivix sebotol berapa. tapi customer yang datang dari blog bank in pada saya beli beribu ribu ringgit malah ada yang beli RM10k ringgit hanya kenal melalui blog. Blog medium yang dipercayai jika kena dengan teknik yang betul

Tips Business Online Guna Blog – Medium yang kita kawal

Tips Business Online Guna

kelebihan blog ni adalah ianya medium yang kita jaga sendiri, kita kawal. kami pernah ada page di FB dengan 200k likers. tapi bila ada orang tak suka dengki dia report pada FB, FB terus delete tanpa notis. sedih tau. banyak kali email ke Fb tanya apa salah kami sampai sekarang tiada jawapan. sebab inilah kami focus pada blog. sebab domain kita beli. kita ada kuasa nak kawal blog kita

Tips Business Online Guna Blog – Tak perlu followers ramai

Tips Business Online Guna Website Blog

blog ni senang terutama untuk ibu wanita bekerja. saya asalnya focus pada blog sebab di pejabat FB kena block dan saya banyak kerja di site. guna blog memudahkan saya. kat site pun orang google , orang nak orang beli. janrang orang google suka suka kan. medium blog ni nampak tersembunyi jadi bos tak nampak berbanding mendium lain.

dan ianya sesuai sangat bila saya full time , work from mom bersama 3 orang anak anak yang bersekolah. senang untuk saya uruskan masa saya bekerja uruskan business, uruskan hal keluarga, hal anak anak.

blog tak perlu kita nak ada followers ramai sampai kena beli, kena buat content merepek demi nak fyp, buat apa sahaja sampai terkejar trend. Blog yang penting adalah keyword yang betul customer datang

Berminat nak Set Up Blog Untuk Business ?

nak blog macam saya ni dan akan diajar cara menulis yang betul, SEO yang betul untuk tarik customer ? boleh hubungi Faiz 010-8052717 untuk set up blog korang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge