Tips Perkahwinan 14tahun Anniversary Kami
Alhamdulillah terima kasih ya ALLAH . Syukur 14tahun sudah usia perkahwinan kami. Blog ini pun bermula dengan kisah kami nak kahwin 2009 dulu. Siapa sangka dari blog cerita nak kahwin ni macam macam saya dapat. masuk tv, masuk majalah, jemputan ke event sana sini dan dari blog inilah saya bermula buat business saya sampai jadi career sepenuh masa. Apa tips perkahwinan? rasa tak layak nak share tips sebab baru 14tahun hidup bersama. tapi saya kongsi serba sikit apa yang kami lakukan semoga memberi manfaat pada pasangan baru
Awal Perkenalan kami bermula di zaman Universiti. kami berjumpa di Kelab Teater antara aktivti kokurikulum wajib kena ambil masa tahun pertama. Rupanya kami 1 fakulti dan 1 kuliah cuma major couse kami berbza. saya ambil Electrical Engineering Telecomunication dan suami ambil Electrical Engineering Mechatronic. Masa tahun awal belajar ada beberapa subjek kami share kuliah yang sama. Bermula dengan jadi kawan setahun selepas tu baru la couple. Couple dengan budak pandai 4flat ni kisahnya ko dating kat library je la hehehe.. tapi ianya jadi semangat nak kita pun belajar pandai macam dia juga
2007 Alhamdulillah kami berdua berjaya graduate engineering dengan kelas tertinggi. couple couple juga tapi belajar jangan abaikan ye. ni gambar kami masa graduate. maaf la gambar pun blur. zaman tu kamera kodak tu canggih dah.
Selepas habis belajar saya bekerja engineer di Kuala Lumpur dan suami sambung Master dalam Engineering di UTM juga. maka PJJ la kami 1-2 tahun. tahun 2009 kami bertunang pada bulan Januari. dan pada 3 July 2009 kami sah jadi suami isteri
Alhamdulillah 14tahun perkahwinan, kami dikurniakan 3 orang anak perempuan. Anak sulung 13tahun, anak no 2 9 tahun dan anak bongsu setakat ni 6 tahun dah. dah besar besar pun anak anak kami. tambah anak? nak tambah duit je dulu sekarang ni heheheh
Tips Perkahwinan kami 14tahun hidup bersama
kalau google ada banyak je tips perkahwinan ni kan. cuma kadang kadang tak tau mana 1 nak buat. mana 1 sesuai dengan diri kita dan pasangan. kami juga ambil sana sini tips perkahwinan orang lain dan adjust ikut style kami berdua
Perkahwinan ni sekolah yang paling lama. lagi lama dalam sekolah perkahwinan akan ada banyak ujian kita kena hadap. itu yang saya dapat dari TT . ye betul kita tak akan pernah lari dari ujian , pergaduhan. hari hari gaduh pun ada.
Tips Perkahwinan cara kami
1.Solat berjemaah
dari awal perkahwinan solat berjemaah antara yang kami tak miss buat. walaupun ada masa tak dapat berjemaah 5 waktu tapi 3 waktu mesti akan solat jemaat. Subuh, maghrib, Isyak antara waktu solat jemaah yang mesti ada kita buat. Masa ni pun kita dah dirumah kan. Jaga hubungan kita dengan ALLAH, jaga waktu solat. ALLAH akan jaga kita pasangan dan anak anak
2. We time
Ada masa kerluar berdua. tak kisah la lama ke kejap. “ala anak tak boleh tinggal” wajib kena ada kan masa tu. kami selalu buat juga bangun awal pagi 4-5pagi. buat kopi minum berdua. sambil borak berdua. apa apa kena ada ruang masa berdua. paling terbaik pergi la minum berdua. holiday honeymoon berdua. naikkan kembali semarak cinta berdua. kawan ainul ada cakap ” anak anak tak akan cari mak lain tapi suami boleh ” serammm dengar jadi jaga juga hati suami. kita ni bila ada aank asyik dengan anak anak je.
kami bersyukur bila buat business Shaklee ni, ada event pergi berdua, ada trip dapat p berdua. jadi dapatlah honeymoon free hehehe
3. Bertolak ansur
ni paling susah. bagi saya pun 14tahun berkahwin masih gagal nak buat benda ni selalu. huhu. ada masa kita nak memang je. kita rasa kita ajeeee yang betul. kena buang perasaan tu. Ada banyak masa kita kena bertolak ansur. dari gaduh baik kita bertolak ansur, berbincang. sebelum tidur tu atau dalam kereta bincang balik betul betul dan luahkan apa yang tak puas hati tu. jangan pendam. takut nak cakap wasap ke email kepada pasangan. kita penat stress beritahu pasangan. benda ni ramai orang akan mula rasa sudah tiada persefahaman. kita tak akan pernah sefahaman dalam banyak benda. sebab tu kena banyak bincang dalam setiap perkara terutama bab kewangan
4. Jaga Bekerkatan rezeki
sejak kami ambil keputusan untuk bebas hutang Alhamdulillah kehidupan lebih tenang tak serabut. percayalah duit lah punca bergaduh, berperang cerai berai. dari hutang akan buat laki bini gaduh, marah anak anak. Hidup jadi serabut serba tak kena. nak settlekan hutang tu macam macam ujian cabaran juga. pejam mata bayar hutang cc 5-6k setiap bulan. bila dah settle lega ya amat. hidup kami sekeluarga lebih rasa tenang happy. Saya dan suami percaya kita jaga hak ALLAH, apa yang ALLAH suruh . ALLAH akan jaga kita , berkati hidup kita
5. Sayang keluarga si dia
kita bukan berkahwin dengan pasangan sahaja. kita berjahwin dengan seluruh keluarga dia. adik beradik, mak ayah dan sepupu sedara mara pasangan kita. jadi kena ubah diri untuk masuk ke dalam keluarga pasangan. Alhamdulilah kami tiada masalah dalam hal ni. Saya pun rapat dengan ipar duai, sepupu sebelah suami dan suami pun ramai dengan adik beradik saya sepupu saya.
6. Aktiviti bersama
hobi kalau boleh sama sama buat. macam suami suka muzik , saya dan anak anak ada masa teman dia p perform. Ada masa suamia akan layan hobi saya. ehhh apa hobi saya ek? shopping kot hehehe . nak keluar dengan kawan ? boleh je. ada masa suami p minum minum dengan kawan kawan dia. ada masa saya keluar dgn kawan kawan atau adik beradik saya p shopping.
dalam diet pun kami buat sama sama. jaga makan buat sama sama buat. kata pasangan kita adalah sahabat baik kita kannn . follow kisah kurus kami di SINI
Berkahwin bukan bermakna tak buat apa yang kita suka buat masa bujang. Bercinta selepas kahwin kena sentiasa ada.
Tips Perkahwinan . nampak mudah tapi susah tau nak buat
Ye betul ianya bukanlah senang tapi kita boleh lakukannya. Perkahwinan adalah 2 orang yang berbeza yang saling melengkapi. kita dan pasangan tak sempurna dan tak akan pernah sempurna. sebab tu pasangan kita adalah orang yang akan melengkapi kita
“Love is not about how many days, months, or years you have been together. Love is about how much you love each other every single day.”