Petua Hilangkan Jeragat Guna Bahan Didapur je

Petua Hilangkan Jeragat Guna Bahan Didapur je

” arghhh jeragat!! ” tau tak jeragat lagi susah nak hilang dari jerawat fuhhhh.. dan makin meningkat usia jeragat lagi mudah wujud dan makin susah nak hilang. Ada ke petua hilangkan jeragat dan ianya berkesan?

Apa itu Jeragat?

Petua Hilangkan Jeragat

Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari.Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.

Jeragat selalunya lebih leper dan lazim berlaku kepada individu yang mempunyai warna kulit cerah.Malah, masalah jeragat hanyalah secara kosmetik semata-mata dan bukanlah tanda penyakit.

Jeragat mungkin berpunca daripada faktor genetik atau fizikal seperti pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari.Sinaran UV dari matahari boleh menyebabkan penghasilan melanin meningkat.

Sebab itulah, jeragat selalunya muncul pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari seperti di muka, bahu dan juga tangan.Malah, bintik gelap yang terjadi akibat jeragat juga boleh meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jerawat.

Tidak hairanlah, ramai yang ingin mencari jalan untuk mengurangkan jeragat di kawasan muka.

Sebenarnya, ada beberapa tip dari dapur yang mungkin berkesan untuk menghilangkan jeragat.

Cara ini bukan sahaja senang, bahan-bahannya juga boleh didapati dengan mudah di pasar raya berdekatan!

Petua Hilangkan Jeragat Guna Bahan Didapur je

Sama seperti jerawat, jeragat juga boleh menimbulkan masalah keyakinan diri dalam kalangan penghidapnya.

Tambah lagi, kedegilannya juga membuatkan masalah ini sukar untuk ditangani.

Walaupun ia tidak berbahaya terhadap kesihatan, bintik hitam atau coklat ini boleh membuatkan kita rasa resah dan gelisah.

Tetapi, jangan risau, di bawah, kami sediakan beberapa cara menghilangkan jeragat di muka secara tradisional. Jom cuba!

1. Gunakan perahan jus lemon 

Petua Hilangkan Jeragat

Jus lemon sudah lama digunakan secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat.

Malah, banyak blog kecantikan, majalah dan penjagaan wajah DIY menggunakan jus lemon sebagai salah satu ‘resepi’ yang dikatakan amat berkesan untuk memudarkan jeragat.

Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.

Sebagai alternatif lain, anda juga boleh gunakan hirisan lemon yang dicampurkan dengan madu.

2. Sapukan aloe vera 

Aloe vera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit. Ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan selaran matahari.

Dalam masa yang sama, aloe vera juga boleh memastikan kulit kekal hidrat!

Anda boleh membeli gel aloe vera di kedai atau gunakan ekstraknya terus dari daun.

Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efekif untuk melawan pigmentasi kulit. Malah, ia telah menjadi salah satu rawatan tradisional yang digunakan secara turun-temurun untuk hilangkan jeragat.

Sapukan alor vera pada kawasan berjeragat selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk. Lakukannya setiap hari untuk keputusan yang terbaik.

3. Gunakan serbuk kunyit 

Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering.

Amalkan tip ini seminggu sekali.

4. Guna teh hijau

Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk diminum, ia juga boleh hilangkan jeragat pada wajah!

Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.

Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.

Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.

Air rendaman teh hijau tadi bolehlah diminum. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air!

5. Skrub menggunakan serbuk oat 

Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker, ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat di muka secara tradisional.

Cuba campurkan sesudu oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian, sapukan sebatian ini pada wajah anda.

Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat.

Malah, sifat antiradang serta kandungan antioksidannya yang tinggi juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.

info

 

Betul ke Petua Hilangkan Jeragat ni Berkesan?

saya pun tak pasti la ye sebab saya tak pernah cuba petua ni hehehe… petua tips saya simple je dalam jaga kulit lagi bila dah hampir 40tahun ni

tudung biru jalur di usia 26tahun. tudung pink masa usia 35tahun.

 

  1. Jaga makan – kurangkan gula, jajan, air viral, makanan tinggi gula . banyak makan sayur, buah. suka makan gula perasan kulit kusam, jeragat senang ada
  2. makan supplement – membantu topup nutrisi yg badan kita perlu. elak kulit rosak dr sinar uv, kuatkan ikatan kolagen kulit
  3. gaya hidup sihat – rajin jalan, kerap p aktiviti kena pasir, tanah keluarkan peluh . jangan dok mengadap handphone je 24jam
  4. pakai skincare organic – saya dah bertahun pakai youth yang bebas bahan kimia. mahal tapi berbaloi sbb sayangkan kulit hehehe

Perlu ke saya buat petua hilangkan Jeragat ni?

tak salah pun mencuba. bukan benda mahal dan benda tak elok pun. apa juga petua yang korang cuba, yang wajib dalam jaga kesihatan kulit, kesihatan diri fizikal mental jangan lupa okay

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge