Hutang Kereta Settle 4 tahun lebih Awal Dan Beli Kereta CASH
Hutang Kereta Settle 4 tahun lebih Awal. Alhamdulillah. tercapai impian nak settlekan cepat hutang . Kereta ni kereta impian Ainul dan suami sejak zaman belajar lagi. Ada orang mungkin impian dia nak kereta BMW, Merc terus kan. Tapi kami masa bekerja sebagai engineer dan suami student PHD rasa tak mampu la nak memiliki kereta mewah macam tu. Jadi memang impian nak kereta Honda Civic.
Masa bekerja makan gaji ikutkan memang cukup je nak buat loan beli kereta H ni. tapi kami beli rumah dulu. banyak la juga berhabis duit kat situ. maka lupakan je lah impian nak beli kereta impian. Bawa je Getz ke mana mana. elok lagi tau kereta tu sampai sekarang. Getz pun dah habis hutang
Bila dah beli rumah, ada anak, bayar nursery itu ini pehhh menang perit. Nak saving lagi kan. Jadi kenalah ukur baju di badan sendiri. kalau nak bermewah sampai terjerat diri buat apa kan. yang pening nak bayar kita juga.
Throwback hari dapat kereta impian
Kereta impian yang saya berjaya dapat hasil dari bonus Shaklee
Alhamdulillah dah habis bayar 4 tahun awal . lega sangat bila dah settle hutang kereta awal. ada juga bising cakap rugi. tapi bagi saya tak rugi janji takde hutang. Serius rasa ringan kepala otak selepas settle semua hutang.
dah sekarang misi kumpul duit untuk beli kereta impian seterusnya. Next kereta impian adalah…jeng jeng jeng
Kali ni kita beli CASH pulak. Doakan saya ye