Amalan Bebas Hutang

Amalan Bebas Hutang

Amalan Bebas Hutang Sebelum 40 Tahun.Bebas hutang bukan sekadar impian, tapi satu freedom yang beri ketenangan jiwa luar biasa. Saya sendiri pernah terperangkap dalam hutang kad kredit, PTPTN, personal loan  dan masa tu rasa macam tak nampak jalan keluar. Tapi saya nekad. Umur 40 tahun, saya tak nak lagi hidup dalam tekanan hutang. Cerita saya bebas hutang

Amalan Bebas Hutang Apa Yang Saya Lakukan

1. Solat Tahajud – Kunci Doa yang Mustajab

Amalan Bebas Hutang

Langkah pertama, saya mula dengan solat tahajud. Bangun sebelum Subuh, dua rakaat je pun cukup, tapi masa tu saya berdoa betul-betul. Menangis pun ada. “Ya Allah, tolonglah aku bebas dari beban ni.”

Solat tahajud bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila badan dan mata terasa berat. Tapi inilah amalan yang sangat besar ganjarannya. Saya sendiri bermula dengan memaksa diri bangun malam ketika bulan Ramadan. Waktu tu mudah sebab kita memang bangun sahur. Dari situ saya latih diri untuk istiqamah, walaupun selepas Ramadan.

Tidak semestinya perlu bangun jam 3 atau 4 pagi. Kadang-kadang saya hanya bangun 10 minit sebelum Subuh, dan terus tunaikan tahajud dua rakaat. Yang penting, niat dan keikhlasan. Waktu ini hati terasa sangat dekat dengan Allah. Saya manfaatkan waktu itu untuk berdoa bersungguh-sungguh. Sebab saya percaya kata Imam As-Syafie, “Doa di waktu tahajud umpama anak panah yang kena tepat pada sasarannya.”

Doa yang saya selalu ulang? Nak bebas hutang sebelum umur 40 tahun. Saya yakin, bila kita betul-betul minta dengan Allah dalam suasana sunyi dan tenang, Allah akan buka jalan. Mungkin bukan serta-merta, tapi Dia akan bantu dari arah yang kita tak sangka.

Tahajud ini amalan senyap-senyap. Tapi impaknya luar biasa. Jika anda ada hajat besar dalam hidup — amalkanlah tahajud. Biar sedikit, tapi konsisten.

2.Amalan Harian: Al-Waqiah, Yassin & Al-Mulk

Amalan Bebas Hutang

Saya ada 3 surah “wajib” setiap hari. Kalau boleh memang tak tinggal — Al-Waqiah, Yassin dan Al-Mulk. Saya mula amal masa tengah struggle kewangan, emosi pun tak stabil. Bila rasa lost, saya mula cari kekuatan dari Quran.

Setiap pagi, sebelum Subuh, saya akan baca Yassin. Lepas Subuh, sambung baca Al-Waqiah. Malam sebelum tidur, saya tutup hari dengan Al-Mulk. Surah-surah ni bukan sekadar pahala, tapi beri rasa tenang, lapang dan yakin Allah jaga kita.

Al-Waqiah orang panggil surah kekayaan. Tapi bagi saya, lebih dari tu. Dia ajar kita tentang akhirat, tentang rezeki yang hakiki.
Yassin pula rasa macam pengubat hati. Bila kita baca pagi-pagi, jiwa jadi lembut, minda lebih lapang.
Dan Al-Mulk pula, pelindung masa tidur. Bila baca tiap malam, tidur pun rasa selamat sangat.

Tiga surah ni saya dah jatuh cinta. Kalau terlepas pun, saya akan cover balik. Nak istiqamah ni memang kena latih. Tak perlu lama, tapi kena konsisten.

Kalau boleh, kita semua pilih surah-surah yang dekat di hati dan jadikan amalan harian. Quran ni ubat paling mahal, tapi percuma. ❤️

3.Jaga Hubungan Keluarga

Amalan Bebas Hutang

Hubungan keluarga tu ibarat akar pokok. Kalau akarnya kuat, batangnya kukuh, daunnya rimbun, buahnya manis. Begitu jugalah hidup kita. Kalau hubungan keluarga harmonis, insyaallah hidup kita jadi lebih tenang, berkat, dan jauh dari drama.

Yang pertama, jaga hubungan dengan semua orang, apatah lagi dengan keluarga inti kita. Ayah, ibu, kakak, adik, ini kan orang-orang yang ada di barisan hadapan hidup kita. Mereka yang selalu ada saat suka mahupun duka. Jangan sampai sebab sibuk sangat, kita jadi lupa nak menyapa, lupa nak bertanya khabar. Sekadar “Apa khabar Mak/Ayah?” atau “Macam mana hari kau, Dik?” itu pun dah cukup menunjukkan kita peduli.

Lepas tu, yang sering terlupa tu keluarga mertua. Nah, ini lah yang kadang buat kita berdebar-debar. Ramai tau yang “malas” nak ambil tahu pasal mertua. Padahal, doa mertua tu makbul sangat,  Anggap je mereka macam ibu bapa kedua kita. Sapa, ajak berbual santai, sesekali bawakan makanan kegemaran mereka. Dijamin, hubungan makin rapat!

Selain tu, jangan lupakan juga adik-beradik ipar duai. Ini lingkaran keluarga yang tak kurang pentingnya. Mereka boleh jadi teman luah perasaan, rakan kongsi bisnes, atau pun travel bersama. Elakkan bersangka buruk, apatah lagi sampai ada tipu menipu atau khianat. Ingat, harta benda tu boleh dicari, tapi kepercayaan dan hubungan kekeluargaan yang tulus tu tak ternilai harganya.

Pendek kata, jaga komunikasi, saling menghargai, dan sentiasa sebarkan tenaga positif. Kalau ada masalah, selesaikan dengan kepala dingin. Jangan sampai gara-gara masalah remeh, tali silaturahim putus. Jom, sama-sama kita jaga hubungan keluarga kita. Sebab keluarga adalah harta yang paling berharga!

4.Sedekah

Amalan Bebas Hutang

Sedekah ni, guys, janganlah kita sempitkan maksudnya cuma pada duit semata-mata. Walaupun memang, kalau ada duit lebih tu, bersedekah lah walaupun sikit. Takkanlah takde langsung syiling dalam poket tu, kan? Sikit pun takpe, yang penting niat kita.

Tapi, sedekah ni sebenarnya lebih luas daripada tu. Allah tu Maha Kaya, tak semua orang Dia bagi kekayaan duit. Tapi Dia bagi kita macam-macam lagi. Ada yang diberikan tenaga lebih. Ha, ni lah masanya nak bersedekah tenaga. Contohnya, kalau surau atau masjid ada buat gotong-royong, join lah. Angkat batu ke, bancuh simen ke, kemas-kemas ke. Penat memang penat, tapi pahala tu berganda-ganda tau! Badan pun sihat, silaturahim pun terjalin.

Lepas tu, ada pulak yang Allah bagi kepakaran. Ini pun sedekah juga. Macam saya dan suami ada ilmu engineering, ajarlah anak-anak jiran matematik secara PERCUMA. Bayangkan, ilmu yang kita ada ni, kalau kita kongsi, dia takkan berkurang. Malah, makin bertambah berkat. Ilmu yang kita kongsi tu, kalau orang lain guna dan dapat manfaat, sampai bila-bila pahala tu mengalir kat kita. Kan best macam tu?

Tak kisah lah korang pakar masak ke, pakar menukar mentol lampu ke, pakar menasihati ke, kongsilah kepakaran tu dengan jiran tetangga atau sesiapa je yang memerlukan. Tolong orang yang susah, bantu orang yang dalam kesusahan. Mungkin jiran kita perlukan bantuan nak baiki paip bocor, atau makcik sebelah rumah perlukan tolong angkat barang. Jangan lokek.

Ingat, sedekah ni bukan nak tunggu kita kaya raya baru nak bersedekah. Sedekah ni adalah tanda syukur kita pada rezeki yang Allah dah bagi. Sikit atau banyak, duit atau tenaga atau kepakaran, yang penting keikhlasan. Jomlah bersedekah, hati pun senang, rezeki pun murah!

Amalan Bebas Hutang : Amalan lain yang Korang Boleh Amalkan

📝Catat keluar masuk duit
Kadang kita rasa cukup, tapi sebenarnya bocor sana sini. Bila catat, kita lebih sedar kat mana yang boleh jimat dan salurkan ke hutang.

🤝 Minta doa mak ayah
Doa ibu ayah ni luar biasa. Jangan malu minta mereka doakan supaya kita bebas hutang, tenang hidup, lapang rezeki.

Amalan Bebas Hutang

Bebas hutang bukan tentang nak jadi kaya semata, tapi nak hidup tenang. Nak sujud depan Allah tanpa rasa terbeban. Nak senyum tengok anak-anak membesar tanpa fikir ansuran yang menunggu. Nak bagi sedekah tanpa berkira.

Kalau sekarang kita tengah sesak, jangan putus asa. Setiap sen yang kita bayar untuk lunaskan hutang tu satu bentuk jihad. Allah nampak usaha kita. Jangan banding dengan orang lain, banding dengan diri kita semalam.

Mulakan dengan tahajud, istighfar, baca surah-surah pilihan dan disiplin urus kewangan. Mula walau sedikit. Jangan tunggu sempurna baru nak mula. Sebab perubahan besar, selalunya bermula dari langkah kecil tapi istiqamah.

Moga kita semua capai bebas hutang sebelum 40 tahun (atau apa jua target umur kita). Dan paling penting, hidup yang Allah redha, dunia sampai akhirat. 🤲🏼✨

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge