Amalan PENTING Yang Ibu Menyusukan Anak Wajib Buat Kalau Nak Berjaya Menyusukan Anak Sehingga 2 Tahun

Amalan PENTING Yang Ibu Menyusukan Anak Wajib Buat Kalau Nak Berjaya Menyusukan Anak Sehingga 2 Tahun

Amalan yang betul penting untuk mengekalkan pengeluaran dan menambah susu ibu. Untuk pengetahuan semua, ini adalah tip dan amalan untuk menambah susu ibu yang wajib diingat :

1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap.

Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.

2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.

Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.


3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.

Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.

Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.

1. Doa

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

2. Zikir

Zikir Ya Matin (70x) . Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas….

3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.

4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60

Maksud ayat:”Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”

Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun…

5. Solat sunat Dhuha

Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.

Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu kini.

Renungkan ayat 233, Surah Al – Baqarah ini.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)



Nak tahu tips , rahsia saya berjaya menyusukan anak pertama sehingga 2 tahun walaupun sibuk bekerja sebagai seorang jurutera?


SMS/whatsapp ke 013-3612717 atau email ke ainulfadzilah@gmail.com

2 thoughts on “Amalan PENTING Yang Ibu Menyusukan Anak Wajib Buat Kalau Nak Berjaya Menyusukan Anak Sehingga 2 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge