Art Class: Bengkel Melukis Mewarna Bersama Jaja Yusof

Cuti sekolah je mesti nak mencari sesuatu aktiviti untuk anak anak. Kesian asyik duduk rumah je kan. Kali ni spend masa untuk aktiviti anak anak pulak. Kebetulan ternampak iklan art class oleh Jaja Yusof. Tanya husband ok ke tak date tu terus book bila dah dapat green light . Selalu nampak iklan art class Jaja ni tapi asyik tak free je. Bila dah ada masa tu cepat cepat book. Jaja Yusof ni anak Yusof Gajah Pelukis terkenal dekat Malaysia ni tau.

Art Class: Bengkel Melukis Mewarna Bersama Jaja Yusof

kelas di lakukan di Studio Lukisan Yusof Gajah dekat Gombak. bayaran pun tak mahal. RM45 je seorang. tapi terhad tau. tak boleh ramai ramai. susah cikgu cantik ni nak handle. parents pun tak boleh tunggu. hantar je. Bagi anak anak bersosial sekejap.

Art Class: Bengkel Melukis Mewarna Bersama Jaja Yusof

Tengok la orang tangan seni. lukis kucing pun comel cantik. Kita lukis ehhhhh innalillah macam kucing mati kena langgar lori. hihihihii Ainul la tu korang sume pandai melukis kann

 

Hasil kerja anak anak. Masa ni la nak tengok kreativiti anak anak. Tangan kotor takpa kita boleh cuci. Jangan sekat idea, idea anak anak. bagus melukis, mewarna ni. membantu melatih otak kanan anak anak.  Di sekolah dah banyak latihan otak kiri kan. Seni, art membantu fungsi otak kanan anak anak. nak anak bijak kannn

 

 

Thank you Jaja untuk kelas yang ohsem. Next time boleh la ke art class Jaja lagi. Arreessa pun enjoy. Maryam je belum pandai nak dengar arahan cikgu lagi. Kena hantar p school la Maryam ni. asyik dengan mama 24jam je. Manja lebih..

Melukis, mewarna..tangan pun kotor. Bagi tangan kotor baru anak anak akan terokai lagi banyak benda di dunia baru.

Apapun aspek kebersihan jangan lupa. Selepas kelas pastikan basuh tangan bersih bersih gunakan pencuci tangan yang terbaik untuk basmi kuman

Bila tangan bersih kuman pun tiada dan anak anak pun lebih sihat. Kuman paling banyak di tangan tau. Kita makan guna tangan. tangan kotor masuk  mulut. uishhh

Kepada yang nak hantar anak anak ke art class Jaja Yusof boleh contact Jaja di FB : Jaja Yusof

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge