Belgium Cookies: Projek Biskut Raya Pertama Arreessa & Maryam

Belgium Cookies: Projek Biskut Raya Pertama Arreessa & Maryam

Disebabkan Ainul ni tak pandai bab buat biskut raya jadi untuk projek pertama ni, Ainul mulakan dengan buat biskut paling senang. Google google terjumpa resepi Belgium Cookies. Bahan tak banyak dan cara buat mudah dan sedap dimana. Anak anak suka

Zaman kecil dulu, bila seminggu lagi nak raya kami adik beradik mesti tolong mak buat biskut raya. Bila anak anak makin membesar teringin nak mereka juga rasai pengalaman buat biskut raya. Bukan pasal nak biskut raya sedap tapi pengalaman, saat saat tu yang akan kita kenang.

Belgium Cookies

Ainul follow resepi Belgium Cookies dari dari Zaimah Zakaria.

Belgium Cookies

Bahan
250 gm butter
70 gm gula kastor
160gm gula perang
2 biji telur gred A@B
1 sudu kecil esen vanilla
550 gm tpg gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
500 gm coklat cip cth:callebaut, hershey’s, dll
1 cwn almond sliced(dibakar dahulu)

Caranya
-satukan butter, gula kastor n gula perang
-kacau guna spatula sahaja
-masukkan esen vanilla n telur
-kacau2 sebati, masukkan tpg gandum n soda bikarbonat
-last sekali masukkan coklat cip n almond sliced td gaul2 guna tangan pun blh
-susun dlm loyang.. jarak2 kan nt cookies mengembang
-bakar pada suhu 170°..selama 25@30 minit smp perang(api atas bawah)

 

 

Hasil kerja tangan anak anak. rupa memang tak cantik tapi takpa. Bagi mereka seronok rasa hasil biskut yang mereka buat sendiri

 

Disebabkan tak pernah buat biskut raya sejak berkahwin, maka oven pun tiada tau. Nasib baik la ada Pensonic Electric Oven 19L Batik Series. Harga yang murah, besar dan berkualiti.  Berbaloi la sangat sebab boleh masuk 3 tray sekali.

Hasil Belgium Cookies Arreessa & Maryam

 

 

Korang tahu tak yang Pensonic ada peraduan Beli, Tonton & Menang. Alang alang beli product Pensonic tu join contest dan mana tahu rezeki boleh menang Nissan X-Trail. Wah balik kampung bawa kereta baru . Bukan itu aje. Hadiah bernilai RM200,000 dalam ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’! 

 

Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:

  1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
  2. TV LED 43″ Pensonic
  3. Pendingin Udara Pensonic4.
  4. Ketuhar 45L Pensonic
  5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic
  6. Penyaman Udara

 

CONTEST ni sampai 8 July 2018 tau 

Tontoni video Chef Ismail ini untuk mengetahui bagaimana hendak memenangi hadiah-hadiah hebat bernilai RM200,000 termasuk Nissan X-Trail dan peralatan rumah produk Pensonic!

langkah-langkah nak menang Nissan XTrail dan product bernilai RM200,000 seperti di bawah:

  1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
  2. ‘Like’ Facebook Pensonic & poster peraduan.
  3. ‘Share’ poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
  4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
  5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.

Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge