Raya Lebih Meriah Dengan Ice Cream Baby Shark

Syawal yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Haa. Bila dah jadi mak mak ni, mesti sibuk fikir menu apa nak dihidangkan. la akan berlegar-legar di kepala ni. Tahun ni giliran raya di rumah mertua. Team raya Shah Alam kami tahun ni. Raya di Shah Alam pun meriah tau. Adik beradik , anak anak sedara berkumpul.  Anak anak dan sepupu mereka la yang paling teruja bila tiba hari raya. Nak kumpul duit raya, makan makan.

Tahun ni kita buat ianya lebih meriah dan berbeza bila suami dan Ainul bercadang nak belikan ice cream baby shark yang berperisa strawberry berinti perisa susu.

raya

 

raya

 

PINKFONG Baby Shark Ice Cream ni boleh didapati di mana-mana kedai hanya dengan RM1.80. Kalau di Shah Alam ada di myNEWS Vista Alam, Petronas Sek 6, Seksyen 18, kedai-kedai runcit pun ada. Nampak je banner PINKFONG Baby Shark ice cream pada ice cream chiller tu pasti ada.

Hari yang Ainul nak beli ni asalnya Ainul ke Petronas Seksyen 6. Wow tak sangka laku betul ice cream ni. Tinggal 1-2 batang je lagi. Terus ke myNEWS Vista Alam.  Ada banyak lagi. Cukup untuk keluarga besar kami

Bila cakap pasal PINKFONG Baby Shark ice cream, bukan anak-anak je yang teruja . Mak ayah pun nak juga. Jadi kena la beli sorang satu. Nanti merajuk tak dapat duit raya. Hiihihi

 

 

PINKFONG Baby Shark Ice Cream ni sebenarnya antara ice cream favourite Arreessa.  Bila tahu dapat ice cream semua beratur panjang nak dapatkan. Nampak kat belakang tu abang ipar Ainul pun teruja dapat ice cream. Selalu raya dapat makan biskut raya, lain sikit raya kali ni kita jamu ice cream.

Bila anak dah masuk 8 tahun usianya, dia lebih faham erti raya, kunjung berkunjung. Amalan yang wajib kita buat untuk eratkan silaturrahim.

 

 

Raya lagi meriah, ceria bila mereka gembira. Nampak muka happy bila dapat ice cream. Mak diaorang pun happy juga. Jom dapatkan ianya sekarang dan pasti raya lebih meriah tahun ini

P/S: Sambil makan ice-cream tu, jangan lupa dengar lagu baru untuk PINKFONG Baby Shark Ice Cream tau!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge