CADANGAN SENARAI KEPERLUAN SEKOLAH BUAT ANAK-ANAK TAHUN 1

CADANGAN SENARAI KEPERLUAN SEKOLAH BUAT ANAK-ANAK TAHUN 1

CADANGAN SENARAI KEPERLUAN SEKOLAH BUAT ANAK TAHUN 1. Sudah Bersedia?

Hujung tahun sudah tiba. Arreessa tahun depan dah masuk tahun 3. Rasa rindu zaman dia masuk darjah 1. Nak tunggu anak seterusnya Maryam lambat lagi nak darjah 1. Ni yang tak best bila anak jarak jauh sangat. hehe

CADANGAN SENARAI KEPERLUAN SEKOLAH BUAT ANAK TAHUN 1

Bulan 12 ni mesti ibu bapa sibuk dengan persiapan anak anak ke sekolah terutama yang baru nak masuk darjah 1. Semoga perkongsian ini dapat membantu kawan kawan semua ye

 

CADANGAN SENARAI KEPERLUAN SEKOLAH BUAT ANAK TAHUN 1

Cadangan

1.Baju Sekolah 

Lelaki
Kemeja putih x 3
Seluar biru tua panjang/pendek x 3

Perempuan
Baju kurung putih x 3
Kain biru tua x 3

Atau

Kemeja putih x 3
Pinafore biru tua x 3

Baju sekolah ni ikutlah ye budget masing masing. Macam sekolah Arreessa 1 minggu ada 2 kali PJ. Jadi 2 kali pakai baju sukan.

2- Baju Sekolah Agama

Cadangan:

#Lelaki
Baju melayu putih x 3
Samping x 2

#Perempuan
Baju kurung putih x 3
Kain hijau x 3

3- Songkok x 1

4- Tudung putih x 3
Serkup x 2

Atau

Ikat rambut/cekak hitam

5- Singlet* (Sekiranya perlu)

Cadangan:

– Beli yang berlubang-lubang lebih selesa untuk anak lelaki
– Elakkan beli yang ada renda bagi anak perempuan sebab nanti anak rasa tak selesa bila berpeluh

6- Tracksuit (Seluar sukan)

Cadangan:
(Beli yang tanpa zip di kaki)

7- Stokin

Cadangan:

Beli yang 3 in 1 x 2 set
(So, semua ada 6 pasang)

8- Kasut Putih/Hitam

Cadangan:

Putih x 2 pasang
(Beli yang murah-murah je tapi selesa bila anak pakai)

Atau

Hitam x 1 pasang pun dah okay

9- Kapur kasut/Kiwi kasut* (Sekiranya perlu)

10- Tali pinggang* (Sekiranya perlu)

– Cari yang mudah nak pasang dan buka
(Supaya memudahkan anak-anak untuk melunaskan urusan panggilan alam. Hehe)

11- Beg sekolah

12- Botol air & bekal
(Pastikan BPA-Free)

13- Alatulis:

– Pensel, pemadam, sharpener, pembaris, gam
(Beli yang sudah dipek banyak sekaligus sebab insyaAllah alatulis di atas akan selalu hilang. Hehehe)
– Kotak pensel
– Pensel warna
– Pembalut buku, solatep, gunting
(Untuk membalut buku teks dan buku kerja)

14- Tempah cop atau sticker nama anak-anak.

Kalau ada lagi, bolehlah tulis kat komen ya. Senarai di atas adalah cadangan sahaja. Sila beli mengikut bajet dan keperluan anak masing-masing.

kredit to keklin cantik

 

Semoga perkongsian cadangan senarai keperluan sekolah buat anak tahun 1 dapat membantu ibu bapa dalam merangka perbelanjaan anak anak. Jangan sampai terover budget tau.

Harap anak anak seronok ke sekolah nanti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge