Honeymoon Ke Bangkok Semuanya PERCUMA Yeahh !

Honeymoon Ke Bangkok Semuanya PERCUMA Yeahh ! Teruja sangat bila dapat tahu layak dapat Honeymoon ke Bangkok 4 hari dan semuanya ditanggung. Ye betul. Flight, makan, hotel, aktiviti semua di tanggung. Kita bawa diri dan duit belanja shopping je. Bestkannn

Perjalanan honeymoon kami ke Bangkok bermula dengan kena bangun seawal pagi sebab kena berkumpul di KLIA jam 5 pagi. Anak anak mak dan adik Ainul tolong jagakan. Malam sebelum kami ke KLIA tu, hantar anak anak ke rumah adik. Alhamdulillah anak anak sangat behave. kasi can kat mama babah nak honeymoon.hehe

Dari rumah mak sampai ke rumah kami jam 1 pagi. Dekat je rumah mak dengan kami Cuma nak pastikan anak anak betul betul dah tidur baru gerak balik.

Sampai rumah jam 1 pagi , kemas rumah. sambung packing barang barang. Baru tenang sikit nak packing barang kan. Kalau tak mau berperang nak mengemas.

Jam 4pagi, bergerak ke KLIA. Flight jam 8.05pagi. Tapi pukul 5 dah kena berkumpul kat sana untuk check in luggage semua.

 

Siap check in, solat subuh. Ramai betul orang pagi tu. Ramai yang nak ke Mekah buat Umrah. Jadi sangat sesak. Surau pun penuh. Nasib baik Surau KLIA dah besar dan Ainul pakai baju yang dah ready solat. Jadi lebih cepat dan kita tak perlu nak tunggu telekung pulak. Telekung bawa tapi dah check in.

Flight kami ke Bangkok adalah Thai Smile. Thai Smile ni anak kepada Thai Airways. 1st time nak naik Thai Smile ni. Best ke idok? Makanan dia sedap ke?

Honeymoon Ke Bangkok Semuanya PERCUMA Yeahh !

Thai Smile ni kecil je macam AirAsia. Tapi ok selesa. Aircorn sejuk giler. Pramugari pun cantik. Orang Thailand kan.

Bab makan, kami sudah disiapkan oleh organizer makanan HALAL.  Bayangkan punya lah lapar . Naik pening kepala. Tetiba bau kari yang sangat wangi. Bau sangat mengujakan

Tadaaaa.. makanan kami flight ke Bangkok adalah ayam kari hijau. Sedap sangat korang. Nasi lembut, kari tak pedas tapi sedap. Licin makan. udah lapar kannn.. Memang sedap .

Makanan flight balik pun sedap. Mee dan isi ayam.

 

Gambar tak sempat nak snap. Jadi mintak Effa Jamil punya. hehe

Memang puas hati lah naik Thai Smile ni. Makanan sedap, layanan best. Ada juga dihidangkan air panas dan air gas. Free je tak payah beli macam AirAsia.hehe

jam 9 lebih kami sampai ke Suvarnabhumi Airport Bangkok. Perjalanan ambil masa 1 jam 50min je. Bangkok lewat sejam dengan kita. Airport Bangkok ni besar tau. jenuh nak jalan dari flight nak ke imigresen. Pastikan pakai kasut yang sesuai tau

Ni pandangan patung patung masa nak balik. Masa datang takde yang menarik sangat. Tapi kat sana patung Buddha besar besar .

Alhamdulillah sampai ke Bangkok dengan selamat. Cuaca pun baik, cerah. Ambil bag dan naik bas. Oh ya Bag kami organizer dah bawa ke Hotel terus. jadi tak perlu risau bab bag. Kita p jalan jalan, makan dulu. Ke mana kita? jeng jeng jumpa di next entry tau.

Nak tahu lagi kisah honeymoon ke Bangkok percuma kami 4 hari di Bangkok. Jangan lupa follow tau next cerita ye.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge