Resepi Daging Monggolia Senang Nak Buat Dan Sedap Di Makan

Resepi Daging Monggolia Senang Nak Buat Dan Sedap Di Makan. Hari ini Ainul nak berkongsi dengan kawan kawan resepi daging Monggolia. Kenapa nama Monggolia? Ada kena mengena dengan Altantuyya ke? Wahh kontroversi betul resepi ni. Nama ni Ainul pun tak tau kenapa. Sebab Ainul folo resepi dia. Dah tuan empunya resepi letak nama ni jadi kita pun guna lah kan. Kang kalau salah letak nama jadi resepi lain pulak.

Pagi tu cakap cakap dengan suami yang dah lama tak makan daging. terus beli daging. Beli je dulu nak masak apa nanti pikir la konon nya.

Sampai rumah ishhh nak masak apa ni? adoii bahan kat rumah pun bukan ada sangat. Parah ! Maka google la resepi sana sini dan akhirnya terjumpa resepi daging Monggolia di FB Ida Chalo 

ok boleh try. bahan tak banyak dan tak semua bahan ada di rumah ni. Kita ubah sikit ikut citarasa kita dengan bahan yang ada di dapur

Resepi Daging Monggolia Senang Nak Buat Dan Sedap Di Makan

 

Cara nak masak Resepi Daging Monggolia Senang Nak Buat Dan Sedap Di Makan

 

step 1 

Daging potong nipis . Ainul beli RM10 daging. potong nipis, kecil kecil. rumah ni tak ramai jadi RM10 pun dah banyak. dan Ainul suka potong kecil sebab anak anak ni bila dia jumpa yang susah nak gigit, dia buang. Kalau potong besar besar rugi la .

Perap dengan tepung serbaguna bistari, kicap kipas udang dan telur. resepi asal dia letak tepung jagung tapi kat rumah ni takde. yang ada tepung bistari tu je.

sukatan? Agak agak je la ye.

perap kejap dalam 30min macam tu. lagi lama lagi sedap kan

 

step 2

goreng daging yang kita perap tadi. goreng sampai garing

 

step 3

Untuk kuah dia, panaskan minyak lebihan goreng tadi. sikit je ye . Masukkan bawang putih, daun kari . Ainul tak letak daun kari. takde.hehe. kalau letak rasanya lagi sedap.

 

step 4

masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato. sukatan agak agak nak banyak mana kuahnya. Ainul terletak air pulak. tu yg berkuah sikit. dan masukkan susu cair. Ainul takde susu cair so Ainul letak susu full cream ducth lady.  tu yang berair, berkuah lebih.

 

step 5 

masukkan daging goreng tadi , cili padi, cili kering da bawang holland.

 

Maka siaplah resepi daging Monggolia kita

 

Sedap tau. lagi dari yang lain. next time kena try follow resepi yang betul . tak mau derhaka lagi.

Selamat mencuba 🙂

 

Comments

  1. Ciken Chop says:

    nampak gambar je dah terrrliurr =P~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge