Cantikkan diri di Amel Fawz Beaute

Cantikkan diri di Amel Fawz Beaute
Penat bekerja, penat bangun awal pagi pump susu, siapkan anak anak. Rutin seharian seorang ibu dan isteri. Bila badan makin penat, muka pun cepat nampak tua dari usia sebenar. huhuu.. Jadi kalau sayangkan diri sendiri kena la sekali sekali manjakan diri. Macam Ainul selain makan supplement untuk kesihatan dalaman , Ainul akan spend duit untuk pergi spa dan salon setiap bulan. Ini memang rutin sejak dari zaman sebelum kawen lagi. Husband pun dah faham. Bila ada anak pun husband akan willing untuk jaga anak anak dan bagi Ainul masa untuk ” me time” . tak lama pun sejam dua je. Ingat penting ni tau. Masa khas untuk diri sendiri. bagi Ainul kaum wanita wajib ada me time ni. 
Untuk Facial Ainul cadangkan korang pergi  Amel Fawz Beaute di bukit Jelutong. Nak perggi ke sini senang sangat. Land mark adalah ZAWARA Coffee. Amel Fawz Beaute terletak betul betul atas Cafe ni. 

Menarik sangat spa ni adalah dekorasi yang sangat cantik. Susun atur, warna yang tenang dan mood terus berubah bila masuk je ke spa ni
Cantik kan. Macam dalam majalah pulak. 
Di Amel Fawz Beaute ada pelbagai perkhidmatan facial yang diberikan. Kali ini Ainul memilih untuk membuat Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment 
Ini senarai harga treatment yang korang boleh buat di sini.  Bila dah tahu harga boleh la tahu berapa nak kena spend duit setiap bulan untuk me time kan
Bila dah masuk 30an ni, proses penuaan akan makin cepat. huhuu. Jadi treatment ni membantu untuk lift up dan firm kan mana yang patut. hihihi

Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment ni tujuan dia ialah untuk membuang lemak-lemak di wajah terutamanya di bahagian pipi, dagu dan leher kita. Mesotherapy ni sejenis mesin dan ianya tak menyakitkan pun. 
Sebelum treatment dijalankan,  mereka akan consult kita terlebih dahulu. Jenis kulit muka dan apa masalah pada kulit muka kita. Jadi lebih senang la untuk mereka lakukan treatment nanti
form untuk consult kita sebelum treatment

Mesotherapy Vshape Lifting & Firming Treatment ni memang super duper bestttt.. Bukan sahaja dapat bantu buang lemak kat wajah, dagu, runcingkan wajah, tenangkan dan anjalkan kulit, dapat juga kita relax kan diri!!
First step tu biasalah, dia akan bersihkan dulu wajah kita dari kesan makeup dengan menggunakan Cleansing Milk. Kemudian muka kita akan dibersihkan lagi sekali dengan Facial Cleanser khas.. Lepas tu seluruh wajah kita akan diurut2 manja dengan menggunakan urutan tangan menggunakan massage cream.. Urutan tangan mengambil masa selama10 minit.. 
Kemudian sejenis alat yang dipanggil Mesotherapy Machine digunakan untuk langkah urutan menggunakan mesin. Sebelum urutan, wajah kita akan disapu dengan sejenis serum yang dipanggil Lifting & Firming Serum.. Masa sentuh muka dengan alat tu rasa macam karen-karen sikit.. Tapi tak sakit pun, rasa macam semut-semut je.. 
Urutan dengan menggunakan Mesotherapy Machine mengambil masa selama 15 minit.. Lepas dah siap tu, diorang akan apply Firming & Lifting Mask kat muka kita.. Masa tempekan pertama tu, pergh! Sejuknya la hai.. Macam letak ais atas muka.. Nyaman & very refreshing.. rasa nak tertido ..
Dalam15-20 minit macam tu diorang akan apply Lifting & Firming Serum lagi sekali ke wajah kita untuk kaedah Ultrasonic. Langkah seterusnya, wajah kita akan dispray dengan Skin Avtivator Spray untuk lift up & firm up kulit wajah kita.. Langkah terakhir, apply Moisturiser.. 
Bila dah siap terus rasa muka tegang, muda gitew.. auuwwww !!
comel tak kak ton 🙂
Kepada yang berminat nak cuba treatment di Amel Fawz Beaute , sila hubungi mereka di 


Facebook : Amel Fawz Official


Amel Fawz Official
* Organic Natural Plant Base Skincare
* Chemical Free
* RAHN, Switzerland Formulation
* Made In Malaysia
019-6098400 * 019-6688400


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge