Doa Murah Rezeki.Amalkan Ini Selepas Solat Rezeki Melimpah Ruah

Doa Murah Rezeki.Amalkan Ini Selepas Solat Rezeki Melimpah Ruah

Siapa la taknak rezeki melimpah ruah. Rezeki anak, rezeki kesihatan, rezeki pekerjaan , rezeki perniagaan dan rezeki dalam semua urusan kat dunia ni. Saya kongsikan beberapan amalan doa murah rezeki sebagai usaha kita mohon pada ALLAH MAHA MEMBERI REZEKI dan ALLAH YANG MAHA PEMURAH

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki

 

Doa Murah Rezeki Surah At-Taubah Ayat 128 & 129

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardu, dengan izin Allah.

– Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
– Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
– Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
– Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
– Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
– Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
– Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan hidup

Ayat 128 

Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem

Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Ayat 129 

Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem

Maksudnya: “Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” 

Semoga Allah murahkan rezeki kita setiap masa. Semoga setiap hari ada sahaja rezeki yang tak disangka sangka rezeki yang baik datang pada kita. Zaman ekonomi serba mencabar banyak belanja dengan anak anak makin membesar. Tipu la ada masa kita sendiri serabut, stress dengan hutang, kerja, business. Sini saya kongsikan pengalaman kami bebas hutang. Alhamdulillah hidup rasa lebih tenang lapang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge