Tips Rumah Tangga Bahagia
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Suami dan Isteri. Rumah tangga mana yang tak diuji. Ada yang uji dengan kesetiaan, diujia dengan kesihatan, diuji dengan masalah kewangan. Sepanjang 15tahun berkahwin ni macam macam la isu akan jadi gaduh. Cuma bila makin lama perkahwinan kita akan makin matang dalam uruskan semua isu ini. Hari ni saya nak kongsikan tips rumah tangga bahagia. Semoga bermanfaat dan ingat pada semua termasuk saya sendiri yang masih lagi belajar jadi isteri yang lebih baik
9 Tips Rumah Tangga Bahagia
Jadi, ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang baru kahwin atau yang dah kahwin
#1 – Jangan pernah bosan bermain cinta
Cinta yang dipupuk bukan sahaja sebelum berkahwin bahkan perlu berterusan sehingga perkahwinan dilangsungkan. Suami dan isteri perlu sentiasa bermain cinta agar tautan perasaan itu sentiasa kuat.
Bahkan, perkara sebenarnya yang boleh dilakukan adalah bercintalah selepas berkahwin kerana ia adalah cinta yang halal.
Jangan rasa alahhh dah 10tahun kahwin ni tak perlu la nak manja manja, cakap i love u. sentiasa buat tau tak kira berapa lama kita kahwin.
#2 – Dirikan solat jemaah
Solat jemaah perlu dilakukan walau hanya mengambil satu waktu solat sahaja dalam sehari. Ia bukan sahaja untuk mengikat ketautan hati kita dengan Allah tetapi ia menunjukkan bahawa besarnya perasaan suami dalam mengemudi rumah tangga kerana suami adalah imam yang perlu dipatuhi.
Ini wajib la bagi saya dan suami. dari awal kahwin sampai anak 3. Tak mampu 5 waktu at least subuh maghrib isyak mesti ada dirumah untuk solat bersama kan. sangat penting solat jemaah untuk eratkan hubungan dan kita nak rumahtangga yang diberkati.
#3 – Bahagi tugas rumah tangga
Tugas menguruskan rumah bukan hanya terletak pada bahu isteri sahaja tetapi pada kedua belah pihak. Terutamanya jika kedua-dua suami isteri adalah yang berkarier, pastinya masing-masing juga mempunyai tanggungjawab terhadap kerja.
Jadi, untuk mengekalkan keseimbangan dalam rumah tangga, masing-masing perlu bertoleransi dan bertolak ansur terhadap pasangan.
Sebenarnya, perkara yang kecil seperti inilah yang perlu diberi perhatian lebih kerana daripada perkara yang kecil sebenarnya boleh membawa kepada benda yang besar.
Kerja rumah sama sama buat. Kalau ada benda tak sempat, tak mampu beritahu suami minta bantu. “sayang tolong buang sampah, sayang tolong sidai baju”
Jangan rasa kita isteri ni superwomen sangat. Bila penat, stress mula la semua benda nak marah, nak emo. Jadi minta bantuan suami dan anak anak.
#4 – Berterus-terang dan jangan berahsia
Apabila sudah mempunyai pasangan, perkara yang paling utama perlu dilakukan adalah dengan berkomunikasi. Walaupun ia adalah komunikasi kecil seperti bercerita tentang apa yang berlaku di tempat kerja atau kucing anda yang sakit dan sebagainya, namun jadikan ia sebagai salah satu perkara yang boleh memecah kesunyian rumah tangga.
Apatah lagi jika ia melibatkan masalah yang dialami. Berbincanglah dengan pasangan terlebih dahulu dan elakkan meluah di media sosial.
Apa apa jangan pendam ye. Beritahu apa yang korang nak. malu sangat wasap je.
Sentiasa sediakan ruang berdua untuk bersembang borak bercerita. Mungkin masa sebelum tidur, bangun awal berdua sambil minum kopi sembang borak, masa waktu makan. jangan asyik dengan handphone je ye
#5 – Belajar memaafkan
Terima kekurangan yang ada dan belajar memaafkan jika berlaku ketidakpuasan hati. Hal ini boleh mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan yang panjang sesama pasangan.
#6 – Turunkan ego
Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya pasti mempunyai egonya yang tersendiri. Justeru, belajar rendahkan ego terutama ketika berlakunya konflik rumah tangga.
#7 – Guna kata ganti diri yang sesuai
Nama panggilan sesama pasangan adalah perkara asas yang sepatutnya ditekankan. Jika sebelum berkahwin, ada yang menggelar diri sebagai ‘aku’ dan ‘kau’, maka seeloknya tukarlah panggilan kepada bahasa yang lebih sesuai sebagai tanda menghormati pasangan.
bab ni suka hati la ye. kalau kau aku tu buat hubungan korang makin erat silakan.
#8 – Berbincang untuk setiap perkara
Amalkan perbincangan yang berkesan dengan pasangan anda untuk memastikan setiap perkara dapat menjumpai titik tolak dan kesefahaman yang utuh.
Melalui perbincangan juga, masing-masing boleh mengenali corak pemikiran pasangan dengan lebih mendalam dan baik.
Ini pun penting tau. lagi bab duit. Walaupun duit kita gaji kita tapi tak salah ada benda kita beritahu suami dulu. Lagi kalau melibatkan duit beli benda yang besar, tolong kawan ke apa ke.
Berbincang dalam segala hal. Hal anak anak, sekolah, hal keluarga , hal kawan kawan. Alhamdulillah tiada rahsia antara saya dan suami
#9 – Saling mempercayai
Paling penting yang perlu dilakukan adalah saling mempercayai pasangan agar tidak berlakunya masalah overthinking atau syak wasangka dalam rumah tangga.
Bukan la 100% percaya. kalau rasa ehhh semacam je perlu ada curiga juga kan. tapi kena siasat dulu jangan terburu buru.
Tips Rumah Tangga Bahagia :Rahsia lapangkan hati Dengan Pasangan
Youtube AinulMustafaHD
Jangan rasa diri kita terpaling banyak berkorban dan berbudi untuk dia balas. Buat apa2 tanpa mengharapkan balasan.
Sebab apa? Jika kita harapkan makhluk kita akan keewa. Biarlah Allah yang membalas kerana Dia sebaik-baik pemberi balasan.
Perkahwinan adalah ibadah yang tanpa henti. Maka gunalah segala peluang dan ruang untuk berbuat kebaikan, bukan saling menegakkan hak.
Jadi buatlah kebaikan dalam rumahtangga sebanyaknya tanpa mengharapkan balasan makhluk tapi buat kerana Allah. Pasti hati kita akan tenang.
Saya doakan kita semua dikurniakan rumah tangga perkahwinan yang diberkati selalu. sentiasa dilimpahi kasih sayang selamanya. Kita tidak sempurna. Allah jadikan pasangan kita untuk melengkapi kita. Dalam alam perkahwinan tak kira berapa lama kita kahwin jangan lupa untuk renew, repair, recharge cinta kita