Inai Che Ta ke Nunha Naelofar? Review saya sebagai pengguna ye bukan penjual

Inai Che Ta ke Nunha Naelofar? Review saya sebagai pengguna ye bukan penjual

Inai Che Ta ke Nunha Naelofar? nampak review dua dua best je kan sampai teruja nak beli. Tapi mana satu yang betul best? kebanyakkan review dari penjual tapi kali ni saya bukan penjual tetapi pengguna kedua dua jenama ni . Apa yang saya nak kongsikan bukan nak menjatuhkan mana mana business ye. dua dua ada kelebihan masing masing. Ini sekadar feedback saya sahaja. korang decide la sendiri nak guna yang mana

Inai Che Ta ke Nunha Naelofar? Review saya sebagai pengguna ye bukan penjual

Mula sekali saya nak review inai Nunha Naelofar sebab saya pakai ni dulu. Masa ni dia baru keluar la juga. Nampak macam exclusive cantol je warna dia so nak try la. Harga 1 box RM35 dapat 5 sachets inai, botol, buffer kuku

inai Nunha Naelofar

Ini yang patut korang dapat dalam 1 kotak ye. Tapi Ainul dapat sebab pos kan berterabur sachets tu. nasib tak pecah ke apa. Ainul beli dengan kawan tapi tak pasti dia masih menjual ke tak lagi inai ni

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ainul Mustafa (@ainul_mustafa)

 

ini perkongsian saya di reels IG masa pakai inai Nunha. Masa ni dekat nak raya haji 2022. Batu kebah demam terus nak pakai sebab baru dapat. Anak anak pun exited nak join.

Apa yang BEST pasal Inai Nunha ni?

saya suka warna brown inai ni. warna dia nampak exclusive, mahal, mewah. feeling kaya macam neelofar la kejap hehe.

Inai Nunha ni tahap lama. berbulan juga pakai masih elok tahan warna dia. jadi tak perlu la top up sentiasa

Apa yang tak BEST pasal Inai Nunha ni?

ini dari pengalaman saya pakai ye. apa yang kurang adalah

  1. nak kena bancuh. agak leceh sebab serbuk tu bertebaran, dan bila bancuh kadang tercair terpekat sangat. meleleh leleh. agak messy la bagi saya
  2. 1 sachets kena habiskan. kalau tak kering dah tak boleh guna. sayangla kan. sebab 1 sachets boleh guna banyak kali.
  3. harga agak mahal hehehe

Apa yang BEST pasal Inai Che Ta ?

Ainul ada business leader national conference Shaklee BLNC , jadi nak la melaram la sikit. Kali ni saja try inai Che Ta pulak. Google sana sini terjumpa la agent boleh cod. kos cod pun murah.

Agent tu hantar cod selepas maghrib. dapat je inai ni malam tu terus pakai dengan anak anak. semangat okey hehehe

Ini hasil anak saya pakai Inai Che Ta. warna dia sangat merah berbanding Inai Nunha. Saya ambil inai marroon.  bagi saya la ye, saya tak berapa suka warna dia.

Apa yang best Inai Che Ta?

  1. Harga murah, hanya RM15 je
  2.  dia dh siap bancuh. terus guna je
  3. takde isu kena habiskan nanti kering. tak habis tutup balik simpan. nak guna balik pun boleh tiada masalah kering keras

Apa yang best Tak Inai Che Ta?

yang tak berapa best nya adalah

  1. warna tak berapa cantik bagi saya. sebab saya lagi suka warna brown macam inai nunha
  2. cepat sangat hilang. baru berapa minggu pakai dah pudar warna. asyik kena top up je

 

Jadi mana yang best antara 2 ni?

sebenarnya ianya ikut selera, kesukaan, keselesaan masing masing. semua brand ada kelebihan dan kekurangan. dua dua pun best dan tak best.

ini sekadar penglaman saya ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge