Isu Costume Hari Kanak Kanak :Perlu ke Rosakkan Kegembiraan Anak Anak

Custome Hari Kanak Kanak Versi Jimat Kos

Ada terbaca kat FB ni parents complaint pasal kena sewa costume untuk hari kanak kanak

Janganlah rosakkan kegembiraan anak anak di zaman kecil mereka

Zaman kita kecil dulu mana ada pakai costume ni. Dapat pakai baju raya p sekolah dah rasa syiokk giler dah

Tapi zaman sekarang semua dah berubah. Hari kanak kanaklah hari bergumbira nak pakai baju pelik pelik

Mama pun teringinnnn 🤗🤗🤗

Di sebabkan trend ni kos sewa costume pun mahal.

Tapi adakah wajib kita nak kena sewa costume?

Yang pandai menjahit tu Alhamdulillah

Mama Arreessa ni bab menjahit “kirim salam jelah”

Maka kita kena kreatif la sikit

Tadaaaa jadilah PUTERI PERAK versi pakai apa yang ada di rumah

Baju Melayu – pinjam sepupu punya

Sampin – tokwan Arreessa punya

Shawl – mama punya

Tudung hitam – Arreessa punya

Crown – DIY kos tak sampai RM20 pun dan boleh buat berpuluh kali dan selamat untuk anak anak

Jangan jadikan kena pakai costume ni 1 masalah besar. Kita parents kena kreatif je

Contoh costume jimat kos

1. HULK – cat hijau tak payah pakai baju , seluar pun dah koyak kan

2. BUSINESSMAN – kalau kategori pekerjaan pakai je baju kurung, seluar, atau kemeja. Kan dah jadi agen insuran, business MLM.

3. PERMAISURI : kalau kategori Princess boleh tiru gaya puteri atau permaisuri agong kita. Baju kurung, selendang. Ofcos ni ada kat rumah kan.kalau lelaki pakai baju melayu

Anak anak bukan nak baju tu mahal ke sewa kat mana tapi keseronokkan dapat merasai kemeriahan.

Sedih tau bila kawan kawan pakai baju cantik kita pakai baju sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge