Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor

Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor

Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor. Dah lama tak berjalan jalan. Asyik duduk rumah je. bosan weiii. Ni last minit punya plan. Mencari destinasi yang tak jauh dari Shah Alam. Shah Alam ke Pantai Remis ni ambil masa dalam 1 jam. Rasa lebih dekat sebab dah ada highway ke sana.

Bergerak awal pagi pukul 7. Semangat kan. Takde masak apa apa pun. kita jalan jalan cari makan je la. Malas mak nak masak hehehe

Sampai Pantai Remis dalam pukul 8 pagi ++ . Pergi hari biasa bukan hujung minggu memang heaven la. Orang tak ramai, tak sesak.

 

Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor

Port Sarapan ni dekat je denganPantai Remis. Ada banyak kedai makan kat area situ cuma yang buka pagi kedai ni je. layan je la. perut lapar

Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor

anak anak order roti canai.  Sedap tau. lembut garing roti canai dia. kuat pun sedap.

Ainul dan suami macam biasa makan nasi lemak. Sekarang Ainul kurang makan roti canai, mee bihun. Makan nasi 2x sehari. Alhamdulillah berat lebih senang turun. Nak tau tips sila lah PM ye hehe

Pantai Remis ni tak sesuai mandi. Sekadar berkelah, main pasir oklah.

Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor

Kesian anak anak nak mandi tapi apakan daya pantai ni tak sesuai mandi. dan suasana pun tak berapa mesra kanak kanak. banyak batu dan paling sedih banyak sampah. Adoiii siapa punya kerja ni

 

Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor

Anak anak hanya bermain apa yang patut je la. pasir pun tak berapa nampak sebab banyak kulit kerang. Banyak sangat tau. sampai tak berapa nampak pasir

 

Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor

nak bermain air tepi tepi pantai boleh la tapi banyak batu dan tak berapa sesuai sangat untuk anak anak bermain. Anak anak asal nampak air happy je diaorang.

Kecewa sangat ke sini sebab sampah terlalu banyak. Tak faham kenapa masih ada orang tak reti nak buang sampah pada tempat yang betul. dah tahun 2022 kot.

 

Dalam seronok bermain air, kita kutip sampah. biasalah tempat pun banyak sampah. tak percaya tengok la video ni. nak nages tau kutip sampah. sedih sebab kenapa buang sampah macam tu je. Masa ini juga nak ajar anak anak pasal kebersihan, kena jaga pantai, kena jaga amanah ALLAH bagi pada kita. Persekitaran kotor akan membawa macam macam penyakit.

Lepas je bergelombang dengan kekotoran , kita makan Supplement Shaklee. Nak kuatkan imun badan, idok la senang dapat penyakit. Anak anak akan ambil vitalea kids, omega guard, vit c, Hero Kiddo. 

Syukur cuaca sangat baik hari tu. tak panas tak sejuk. Sedang sedang aje.

Pada yang ada plan nak ke sini boleh la datang menikmati keindahan alam. jangan lupa bawa plastik hitam, sarung tangan. Sambil berkelah kita sama sama kutip sampah yang ada. Sorang sikit lama lama habis la sampah di sana. Jangan menambah sampah pulak. babap kangggg

Settle ke pantai kita ke Pasar Penambang beli ikan. Syiokk membeli ikan sampai lupa nak ambil gambar. Adoiii. Ada banyak pilihan seafood. Murah sangat ke? biasa je bagi saya. kalau dibandingkan dengan pasar Shah Alam ni harga tak jauh beza pun. Mungkin ke sini ikan seafood lebih segar la kan

Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor

 

Jalan Jalan Makan Angin di Pantai Remis Kuala Selangor

 

ini je la sempat snap. mak diaorang punya excited nak beli ikan sotong udang lupa diri hehhehe..maapkan hamba ye. Apapun kalau ke sini wajib la datang rasai sendiri bau ikan seafood fresh dari laut. Mungkin apa pasar lain yang lebih murah dan lebih best kot. Next time kita try cari pulak.

Selamat bercutiiiii !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge