Jom Ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 di MAEPS
Dulu zaman sekolah ada kawan pernah bercita cita nak jadi petani moden. Petani moden? apa itu? hahhaaa..zaman tu kan petani, peladang, penternak, nelayan kita anggap pekerjaan taraf rendah. low class gitu. tetapi zaman sekarang peladang, penternak dan nelayan pun graduate tau. Silap silap ad PHD lagi.
Kenapa? sektor ini sebenarnya memang ada peluang besar untuk diterokai. Kita setiap hari makan kan? permintaan makanan saban hari meningkat. lagi lagi musim perayaan. nak ayam, nak daging, nak cili padi. kalau permintaan tinggi tapi supply tak cukup tak best la. Bila adanya petani, peladang, penternak, nelayan yang ada ilmu, teknologi maka makin berkembang la bidang ni.
Jadi nak meraikan jasa para peladang, penternak & nelayan ni, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 yang telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek 2 Mei lepas.
Bila Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (#HPPNK2017) ni? Save the date tau. Event ini akan berlangsung pada 28 September hingga 1 Oktober di MAEPS Serdang
Tujuan event ni untuk mengiktiraf wira-wira tani negara serta menampilkan hasil makanan dan penyajian terbaik, sesuai dengan temanya “Our Food Our Future”.
Selain anugerah-anugerah untuk petani, pelbagai komponen pengisian telah diatur, antaranya Malaysia Food Festival 2017 (#MFF2017), persidangan Livestock Malaysia 2017, konsert Rhythm of the Farmers (#ROTF), pameran agropelancongan, jualan hasil tani dan asas tani, dan sebagainya.
Masa ni la kita akan dapat mengenali product product hasil tangan anak tempatan kita. contoh Agro Mas ni dah lama ada di pasaran. Tapi tak semua product dia kita pernah cuba kan. Ainul suka Seri kaya dia best.
Malaysia memang kaya dengan buahan tempatan. Contoh pisang ni. Setiap hari ada orang jual pisang goreng. Jadi bayangkan berapa tan pisang kena supply setiap hari. Nampak tak pentingnya peranan peladang pisang.
Dengan ruang yang luas di MAEPS Serdang, 850 gerai akan dibuka, yang dijangka menarik 500 ribu pengunjung, serta RM20 hingga RM30 juta hasil jualan.
Menjangkakan sambutan yang hebat daripada orang ramai, beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada #HPPNK2017, termasuk AirAsia, CIMB Malaysia, RHB Group, Agrobank, Oblong Burger dan sebagainya.
#ourfoodourfuture
menarik sangat ni. jom jom jom