Kembali ke Sekolah 2021. kenapa Kena ke Sekolah Bukan PDPR?

Alhamdulillah syukur sekolah kembali dibuka . Anak anak boleh kembali belajar seperti biasa.

Kenapa anak anak kena ke sekolah? adakah sebab nak gred A , nak dapat result power , takut akademik tercicir. itu pun betul juga

Tapi ada 2 benda yang saya rasa PENTING untuk jangka masa panjang anak anak

1. SOSIAL SKILL

Bila ke sekolah anak anak akan belajar adab berkawan dengan rakan sebaya, senior , junior. Adab berjumpa cikgu, berjumpa makcik kantin, akak koperasi, pakcik jaga.

kalau sudah biasa belajar dengan teknologi semata , takut nanti dah tak pandai nak bercakap dengan orang sekeliling.

Dalam handphone gaduh tak nampak riak muka orang. Bila depan depan kita boleh tahu kawan kita marah, sedih.

ini yang jadi kutuk cikgu sebab grammar salah ,pronounce tak slang mat saleh.

sebab kita hanya berani kutuk disebalik mesin kecil bergelar handphone. cuba cakap depan depan?

2. LEADERSHIP SKILL

Di sekolah la bagi saya banyak belajar bab leadership. kena jadi ketua kelas, pengawas atau tukang tulis nama siapa bising dalam kelas. gaduh dengan kawan kawan siapa nak sapu sampah

Di rumah kita tahu kita boleh paksa adik beradik dengar cakap kita.

kalau kita tengok orang orang hebat sekarang background masa sekolah mesti ketua pengawas la, AJK kelab, aktif sukan dan lain lain yang berjaya bina leadership dia

Teknologi boleh membantu kita tapi dia tak boleh ganti, ambil alih basic asas kehidupan kita sebagai manusia

Selamat Kembali Ke sekolah anak anak. Jadilah kanak kanak sebab zaman ni sekali je tak akan kembali

Bila dah dewasa hanya merindui zaman main sep tiang, sakit kaki berdiri lama time berhimpunan, menggigil kena jadi mc masa berhimpunan, gaduh dengan kawan kawan, kena denda dengan cikgu, kena ketuk ketampi, kena cubit perut dgn cikgu.

benda ni buat kita jadi ORANG

Ainul Mustafa

Anak Cikgu Geografi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge