Pengalaman Keguguran 10weeks. Gugur sendiri atau D&C

Pengalaman Keguguran 10weeks. Gugur sendiri atau D&C

Assalamualaikum & Selamat pagi. Dah lama tak menulis kat blog. Banyak focus pada blog business . Cerita ni dah lama. dah setahun pun hahaha. Hadiah kenangan di tahun hujung 2019 dan pembukaan tahun yang kita nanti nantikan 2020 . Pengalaman sendiri mengandung anak ke 4 dan tiada rezeki gugur di 10minggu kehamilan

Bila Dahlia dah nak masuk 3tahun, Ainul dah mula beritahu suami plan nak ada anak lagi. Suami ok je. Dia ikut saya. sebab saya yang pregnant kan. dah la mengandung 3 girls ni alahan teruk. jadi agak fobio nak pregnant huhu. Tapi biasa la perempuan kejap je fobia dia. teringin nak bau baby kan

Bila dah merancang nak pregnant balik tu, mula la plan nak anak lelaki pulak. dah 3 perempuan tipu la tak teringin nak anak lelaki kan. Jadi mula la buat kajian, membaca sana sini, buat segala petua nak anak lelaki.

dan bila dah plan nak pregnant lagi, Ainul mula makan GLA Complex dengan cara makan untuk pregnant. Hah macammana tu? kena la beli GLA dengan saya hehehe

Ikutkan planning kalau jadi, anak ke 4 akan lahir selepas Dahlia dah berusia 4 tahun. memang plan anak at least jarak 3tahun ke atas. Ingat nak pregnant kena plan ye.  Setiap anak saya memang plan bila nak pregnant dan bila dah ready nak pregnant saya akan makan set kesuburan Shaklee. dengan cara yang betul Alhamdulillah berjaya pregnant 3kali dah .Cuma kali ke 3 ni tak berjaya. bukan rezeki bila keguguran 10minggu

Bila dah plan nak buat segala petua nak dapat anak lelaki, bulan yang saya plan tu Alhamdulillah saya pregnant. Masa tu pulak suami tiada ke Phuket . Rasa lain macam je . Kita yang dah biasa mengandung boleh rasa kan badan rasa lain, asyik nak tidur je hehhee

Suami balik tu ajak dia beli pregnancy test. Dia pun dah boleh agak sebab dah plan kan. Bila korang plan dan akan lebih teruja tau bila tau pregnant anak ke berapa pun. Sebab kita dua dua dah ready fizikal mental nak terima ahli keluarga baru

Bila check Alhamdulillah betul la apa yang kami jangkakan. Yes Saya pregnant anak ke 4

Beritahu anak anak yang lain semua teruja nak dapat baby. ” mama, ini baby boy kan ”  adoi anak anak pun teringin nak adik boy pulak. sebab adik girl lain macam mengada dia kan. hehehe

Jadi bila dah tahu pregnant, Ainul buka buku pink masa 7-8minggu. Sepanjang check up semua ok. scan pun baby ok. Tiada masalah kesihatan yang selalu wanita mengandung lewat usia kena mcm darah tinggi, gdm .

Sampai la suatu malam tu, nak p toilet nampak seurat darah pada panties. eh pelik sebab 3 kali pregnant sebelum ni tak pernah keluar apa apa. Google baca apa yang patut. ada yang cakap normal bleeding masa awal pregnant. oklah kan sebab sekali tu je dan tak banyak pun darahnya.

esoknya nak kencing, masa kencing perasan darah keluar dalam 1-2 urat. macam 1-2 helai rambut je. start rasa risau jadi whatsapp adik yang kerja doktor tanya . tanya kakak dan adik adik yang lain

Adik yang doktor cakap normal sebab saya takde sakit perut ke apa.  sebab adik yang doktor , kakak pernah bleeding teruk masa pregnant . Dengar cerita diaorang buat rasa ok la sikit. Cuma adik pesan better p klinik untuk lebih yakin kan

Malam tu ajak suami p klinik check. Ni geram kat doktor tu. doktor lelaki dia tanya ” ada sakit perut, bleeding banyak mana”

” tak de sakit perut, darah keluar sikit je ”

Jadi doktor takde scan apa pun, minta check air kencing je. lepas tu balik.Geram sebab at least scan ke apa ke kan. arghhh !!

Sabtu 28 Dec 2019

pukul 11pagi tengah layan movie dengan suami tetiba rasa ada sesuatu keluar. cepat cepat p toilet tengok ada darah fresh sebesar duit 50sen . terus ajak suami p hospital.

Sampai ke Hospital Shah Alam masuk ke kecemasan PAC tu, doktor datang scan dr bawah, bila check rupanya baby dah tiada heart beat. Masa dengar tu rasa macam blur . 1st time pengalaman jadi rasa sedih, blur, percaya tak percaya pun ada.

Doktor bagi appointment 2 minggu. Dalam masa 2 minggu kalau janin tak keluar sediri kena datang hospital untuk D&C. Seram pulak dengar pasal D&C tu. Adoiii takmau D&C boleh tak?

Dalam kereta , sepanjang nak balik rumah mertua (sebab anak anak lain kt sana) , air mata mengalir laju je. Baru rasa nak menangis. Entah la rasa kehilangan sangat huhu

2019 juga ada sesuatu terjadi pada ahli keluarga Ainul. dan bila kejadian mengejutkan Ainul sampai jadi panic attack. nanti ainul share bagaimana Ainul handle panic attack ni. tak la berbulan ada yang sampai anxiety tak boleh tidur. Syukur sebab buat Shaklee, makan Shaklee jadi banyak sangat membantu

jadi bila keguguran ni rasa lagi 1 kehilangan rasa down sangat. 2019 tahun paling menguji sangat.

Sabtu ahad tu rasa Ainul menangis je. Sampai suami pun tak tahu nak buat apa. dia ajak keluar jalan jalan, beli ice cream buat hati happy.

” ni anak ke 4 pun rasa sedih sangat macammana la orang yang baru nak pregnant, susah nak mengandung bila pregnant gugur pulak ”

rasanya puas la juga nak pujuk hati. Ada masa redha ada masa nangis sedih. emosi tak stabil betul

Sampai la dapat kekuatan , Ainul solat hajat dan setiap kali solat berdoa ” Ya ALLAH, jika anak ini dah tiada maka KAU ambil la dengan baik , mudahkan dia keluar dari rahimku ”

sambil usap perut Ainul cakap kat baby yang dah tiada nyawa ” baby sayang, pergi la mama redha. keluar elok elok tau ”

kenapa taip ni nangis pulak ni. huhuhu

 

Isnin 30 Dec 2019

Hari ni pulak spek mata suami patah. Jadi plan nak p buat spek. Hantar Arreessa Maryam ke rumah mertua. Selepas solat zohor tu, perut rasa memulas. Rasa macam nak period. Dalam hati dah rasa baby nak keluar ni. Terus togok vivix. takde sukat sukat dah. togok terus. Ya ALLAH mudahkan baby ni keluar elok, aku taknak D&C huhu

2 hari sebelum ni dok baca kat blog kisah orang lain yang keguguran, kena d&c . macammacam pikir. hehehe

Selepas zohor, suami ajak p buat Spek. oklah sakit perut mild je

Tengah nak tunggu spek suami siap dalam 1 jam , rasa sakit perut yang lebih kuat. macam contraction nak beranak -7cm. sakit sampai mengigil la juga. cuma menahan muka sakit sebab kat mall kan

masa tu terasa macam darah keluar. Beli pad kat farmasi. masuk toilet nak pakai pad, tengok darah banyak giler. period pun tak sebanyak tu. habis seluar. nasib baik pakai skirt. jadi cover la legging dalam yang dah penuh darah. pakai pad sampai 2 keping.

Lepas tu nak tunggu spek siap, rasa macam berpeluh peluh tahan contraction. macam ni ye nak gugur pun.

Spek pun siap dan jam dalam pukul 5 ptg. Dari mall nak ke kereta, tetiba ” pulp !!! ada benda keluar  !!!

Nasib baik pakai pad. jadi benda tu tak jatuh la. dalam kereta sambil menahan sakit contraction dan darah penuh skirt

Balik ke rumah mertua hantar Dahlia dan bersihkan diri. tukar baju, pad, seluar skirt. Berdebar nak buka seluar masa tu. takut nak tengok benda tu. ajak suami masuk toilet sekali hehehe

Suami pun buat buat berani  dia cakap dia pun takut  hihi

yang keluar seketul darah besar. tapi tak pasti janin macammana. bawa apa yang keluar tu masuk dalam plastik bawa ke hospital

Otw ke Hospital, perut tetap sakit. tetap ada contraction. ishhh belum keluar habis ke

Sampai ke PAC, kena tunggu lagi. dah petang dekat maghrib jadi ramai orang. macam mcam kes ibu mengandung. ada yang bleeding, darah tinggi, nak bersalin.

dah dekat pukul 7 doktor check. rupanya janin belum keluar. Doktor guna yang mulut itik tu dan korek keluar. masa tu sakitnya tak boleh nak cakap. sama sakit juga macam nak beranak

dan akhirnya janin keluar. sebenar tapak tangan la juga. doktor tunjuk ini ye dan masukkan dalam tabung untuk dibawa ke lab. takut bukan janin , kanser ke

Doktor scan rahim dan check rahim pun bersih elok. mungkin minum vivix kan. dan syukur tak perlu d&c dan warded . Syukur ALLAH makbulkan doa saya

pukul 8 malam balik rumah sebagai ibu berpantang tanpa baby

Keguguran saya berpantang ke? ye saya pantang 2 minggu. Saya buat semua amalan berpantang macam bertungku, urut, pakai stokin, bengkung.

kisah berpantang ni saya cerita di entry lain la ye

Sekian saja hadiah penghujung tahun 2019 dan tahun tahun baru , tahun yang dinanti kan 2020

Apapun bila 2020 berlalu saya bersyukur sebab ALLAH tak izinkan saya bersalin sebab yelah tengah musim covid kan. ikutkan due july 2020. masa tengah hot covid. seram kan.

Jadi bila apa apa terjadi kena yakin ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk kita dan baby.

nak pregnant lagi tak?

sekarang ni hold dulu la sebab takut la musim covid ni macam tak sesuai untuk pregnant lagi. cukupkan 3 girls yang ALLAH amanah kan untuk didik, jaga mereka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge