KL Tower Mini Zoo , Jom bawa Anak Anak Cuti Sekolah ni

KL Tower Mini Zoo , Jom bawa Anak Anak Cuti Sekolah ni

Walaupun cuti sekolah lambat lagi, tak salah kita plan awal awal kan. Tak perlu tunggu cuti sekolah pun. Cuti hujung minggu pun boleh bawa anak anak. Hari minggu kita isikan dengan aktiviti menarik untuk anak anak. Nak travel jauh perlukan kos yang tinggi. Jadi kenapa nak travel jauh sedangkan di Kuala Lumpur ni banyak lagi tempat menarik yang sesuai untuk anak anak terokai. Kat mana tempat yang sesuai untuk aktiviti anak anak di Kuala Lumpur ni? Jeng jeng jeng….tempat yang Ainul nak kongsikan ini none other than the top Malaysia holiday destinations

Biasa dengar KL Tower kan. Menara Kuala Lumpur tempat kita nak lihat pemandangan indah Kuala Lumpur. Tapi tahu tak yang KL Tower ada mini zoo. Menarik kan. Sesuai sangat untuk kita seisi keluarga. Ainul nak kongsikan tak lain tak bukan, Kuala Lumpur Tower Mini Zoo.

KL Tower Mini Zoo , Jom bawa Anak Anak Cuti Sekolah ni

Cara nak ke KL Tower Mini Zoo

Nak naik LRT ke Dang Wangi boleh, nak drive sendiri straight ke Menara KL pun boleh sebab dieorang sediakan parking. Untuk motor, parking adalah free, meanwhile untuk kereta, sejam yang pertama sebanyak RM4.00 dan sejam yang seterusnya hanyalah RM3.00. Kalau korang yang turun kat LRT Dang Wangi, boleh lah pick either nak naik teksi yang berharga sekurang-kurangnya RM5.00 or jalan kaki within 15 minutes pun dah boleh sampai. Dan bila korang sampai dekat entrance, akan ada shuttle percuma datang kutip korang untuk naik atas. See, tak susah mana pun kan?

Apa yang menarik di KL Tower Mini Zoo?

Tapi seperti yang korang semua almaklum dengan namanya ‘mini zoo’, makanya haiwan-haiwan dekat sini semuanya yang saiznya sedang-sedang comel dn yang senang dijaga. Antaranya ialah burung kakak tua, Sulcata tortoise, Wallaby, Cochin Chicken, Jamnapari Goat, Saanen Goat, Falabella species kuda yang paling kecil, alpaca, guinea pigs, Aldabra tortoise, albino long tailed macaque dan meerkat. Bukan tu jer, siapa penggemar-penggemar species reptilia, sini pun ada ular, siap ada species ular yang terpanjang iaitu albino golden phyton lagi! Plus, mini zoo ni pun ada Longkang Fishing supaya anak-anak zaman tekno ni dapatlah fefeeling jugak zaman kita kecik-kecik main dekat kampung dulu camne. Hebat tak hebat, walaupun mini tapi masih mampu menampung sejumlah haiwan yang orang kata rare species, lagi-lagi kat Malaysia

Kat sini lah kita nak kenalkan binatang yang biasa anak anak tengok di buku dan youtube je. Selalu nyanyi baba bleck sheep, Old MacDonald Have a Farm. Kat sini boleh tengok secara live. Walaupun duduk di kota, anak anak masih boleh tengok kambing, ayam.

Sini memang korang tak perlu risau, haiwan-haiwan memang jinak dan sangat friendly dengan manusia. So, anak-anak boleh main, feed dan touch dieorang! Hahaaa, interesting and fun tak dekat sini? Basically, anak-anak korang boleh buat dua-dua, belajar dan berseronok kan! Edutainment kat sini memang terbaik lah sebab mereka boleh stimulate deria anak-anak dari deria lihat, dengar sehinggalah sentuh supaya otak mereka berkembang. Ala korang tak kan tak tahu, sel-sel otak ada berbilion-bilion dan beratus-ratus juta perhubungan antara sel yang dipanggil sinaps terutamnaya pada umur 3 tahun. So sebab tu bila sel-sel otak ni berhubung, itu tandanya si manja sedang belajar. Makin baik sel-sel berhubung, makin cepat dia pick up dan berkembang.

 

Dah habis tour, korang singgah lah ke Jungle Cafe & Gift House. Korang nak alas perut ke… Nak beli souvenir ke… Haas, silakann. Jangan segan-segan, jangan malu-malu. Kemudahan-kemudahan basic kat sini macam toilet, memang ada dan well-maintained. SO korang tak perlu risau. Mini zoo ni bukak dari jam 10 pagi sampai lah jam 9 malam setiap hari. Tiket masuk korang boleh purchase online or walk-in baru beli. Dan untungnya pemegang-pemegang MyCard dieorang siap ada tawarkan jugak pakej jimat!

Cuti umum akan datang ni boleh la plan untuk bawa anak anak ke sini ye. Pasti anak anak suka dan banyak yang mereka boleh belajar. Bukan anak anak je, kita ibu bapa pun boleh belajar bukan semua binatang di sini kita pernah tengok kan.

Selamat bercuti 🙂

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge