Ariani, Babah & Co , Ladies Day Out Time Shopping Adik Beradik

Sabtu lepas baru perasan yang Ariani ada buat sales besar besaran. Adoi nasib baik la sempat sebab hari Ahad dah habis sales nya. Maka pagi Sabtu tu terus roger adik adik dan mak ajak shopping. Untug adik perempuan ramai. Semua pulak kaki shopping. terus zasss jomm. Mak pun kemain syiok. Yelah time macam ni nak berME TIME

Alhamdulillah husband izinkan dan sudi jaga anak anak. Husband Ainul memang selalu akan bagi 1 hari untuk Ainul me time. Kadang kala p spa, salon ke. dan biasa p shopping dengan adik beradik. Adik beradik duduk dekat Shah Alam je. Senang sikit nak ajak dating.

Ariani, Babah & Co , Ladies Day Out Time Shopping Adik Beradik

Nama pun wanita, kata je nak p Ariani tapi singgah semua butik kat Seksyen 7 tu .hahaha. Sambil nak tunggu mak dan adik adik lain datang, Ainul dengan Adik sorang ni singgah Sugarscarf. dah lama betul tak shopping di Seksyen 7 Shah Alam ni. last shopping di Sugarscarf masa butik di tingkat 2 ke 3. Sekarang dah makin cantik di level bawah. Lebih mudah orang nak pergi kan. Ada sales juga. Sempat rembat 1 benda di sini. jeng jeng jeng. hahaha. kan dah cakap kata nak p Ariani tapi berbag bag la bawa bawa balik.

Ariani, Babah & Co , Ladies Day Out Time Shopping Adik Beradik

Mak memang peminat Ariani. Mostly tudung dia brand Ariani. Tudung duduk di rumah masak pun Ariani kau. Sebabkan mak suka lah yang bawa mak shopping. Selalu kalau sales Ariani mak aii ramai sampai tak nampak lantai. Mungkin cuti panjang Raya Cina jadi ramai balik kampung kot. Masa kami datang tu tak ramai orang. senang nak memilih tudung.

Dapat belanja mak shopping tudung. Beratus ratus habis untuk mak tapi puas hati sangat. yelah kita kerja keras nak bahagia kan mak ayah kita kan. Walaupun bekerja dari rumah , kita income sendiri tau nak belanja mak kita

Habis shopping di Ariani, kita sambung shopping di Butik Dato Ct pulak.  Time macam ni banyak sales lagi lagi koleksi Raya tahun lepas.

Di creacionbysitinurhaliza ada sales juga cuma tak payah la pilihan warna dan saiz. Siapa rasa nak beli baju Dato CT mai la sini beli

Tak membeli di sini. cuci mata je. hehe. Tengok sales kat belakang tu. RM100 je uolss. cepat terjah sebelum habis

Habis Shopping lapar la pulak. Kami bawa mak p makan makan di Babah & Co

Tempat oklah takde lah cantik sangat. dah la kami dah duduk order makan tetiba kena tukar meja sebab meja tu reserve. Adoi awat tak letak awal awal reserved.

Makanan mak aiii punya la lambat. Tak ramai orang pun. Makanan pun biasa biasa je la rasanya . Ini ikut tekak, selera Ainul la ye. Lamb pun sejuk dan liat. huhu

Tak ambil gambar makanan pun sebab tak berapa puas hati la servis dia

 

Apapun hari yang best dan puas hati dapat bawa mak shopping, makan makan. Cuma tak best sebab makan tak best. Takpa next time kita p makan tempat best dan sedap ye mak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge