Vaksin Pneumococcal Murah di Kota Kemuning Shah Alam

Vaksin Pneumococcal ni penting tau. Beza bila dah ambil dengan tidak. Ainul nak share di entry ni, Vaksin Pneumococcal Murah di Kota Kemuning Shah Alam. Murah la bagi Ainul. Kalau ada tempat lain yang lagi murah boleh la kongsi dimana ye

Nak dijadikan cerita, Maryam termiss 2 suntikan vaksin Pneumococcal. Salah Mama dialah. letak buku merata rata sampai cari tak jumpa dan terlupa. huhu.

Nasib baik la pindah rumah dan akhirnya jumpa buku penting tu. Check check adoi banyak pulak suntikan termiss.

Pindah area sini dekat dengan rumah Kota Kemuning la. Google google, tanya sana sini jumpa la Klinik yang ada vaksin ni dan Vaksin Pneumococcal Murah compare dengan tempat lain. Ada yang sampai RM250++ . Mungkin ikut jenis rasanya

Poliklinik yang Ainul pergi untuk vaksin  adalah Poliklinik Shaik di Kota Kemuning .Korang google maps mesti jumpa. Senang je nak cari Poliklinik ni. Pukul 8pagi dah buka.

Vaksin Pneumococcal Murah di Kota Kemuning Shah Alam

Poliklinik ni best, cantik, selesa. 1st time masuk macam hotel. Anak anak pun suka. Happy je main

 

Kena buat appointment ke?

tak perlu. Just datang walk in je . 8 pagi dah buka. kami hari tu datang 9pagi. dah ramai orang tapi tidak tunggu lama.

Apa dokumen yang perlu dibaca?

Pastikan korang bawa buku check up anak anak tu ye. Kalau ada suntikan yang termiss jadi nurse, doktor tahu. macam Maryam kan 2 suntikan Pneumococcal. Jadi bila jumpa doktor, Doktor cakap ambil 1 suntikan dah cukup. Ambil yang booster. Jadi bawa tau buku anak tu . mykid anak jangan lupa juga ok

Vaksin Pneumococcal Murah

Disini ada synflovir je tau. kalau prevnar13-cover lebih banyak jenis bacteria and virus dan ianya lebih mahal. synflovir pun dah ok. Janji ada protection kan.

Berapa harga Vaksin Pneumococcal

Harga 1 suntikan  Pneumococcal ni RM190 . Harga ni kami bayar termasuk konsultasi Doktor tau. Murah la kan. kalau kena 2 suntikan RM190 x2 la ye. Apapun harga ni murah compare dengan tempat lain

 

Vaksin suntikan Pneumococcal ini tidak wajib tapi sangat digalakkan ambil sebab udara sekarang pun dah kotor. Anak anak banyak terdedah dengan persekitaran. lagi lagi anak yang duduk di nursery, dah ke sekolah.

Maryam sejak masuk sekolah tadika kerap asthma. Selain ambil supplement macam Omega Guard, suntikan Pneumococcal pun kita ambil. ini usaha kan. nampak la beza bila dia konsistent omega dan ambil suntikan vaksin. Jarang batuk, semput.

Kepada parents yang mencari cari suntikan Pneumococcal murah boleh la cuba ke Poliklinik Shaik ni ye.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge