Makan Makan di Plan B Bangsar Village
Dah lama tak ke Bnagsar Village. Baru Baru ni dapat jugak ke sana sebab menghadiri event blogging Chiba Sweet Potato . Selepas event lapo jadi tak tahu nak makan apa. Nasib baik ternampak Cafe Plan B yang berdekatan dengan Village Grocer.
Cafe hipster yang kemas, tersusun dan suasana yang relax. sesuai la bawa anak anak. Husbund suka sebab diaorg pasang cerita P Ramlee. hihi
Muka kelaparan.. Mana Maryam? Cuba teka….
Di Sini ada macam macam jenis makanan. Paling utama makanan western la kan. Nasi lemak pun ada tau. Dah datang sini takkan nak makan nasi lemak je uolss. Sekali sekala try la makanan yang lain dari biasa kan.
ni Ainul punya.. serius sedap. habis licin Ainul makan.. sila lupakan diet ye. fries je tak makan sangat.anak anak yang habiskan.
ni husband punya. Sedap jugak dia cakap. Ayam tu digoreng rangup.
Teringin nak rasa spicy buffalo wings. selalu tengok kat tv je kan. Takde la pedas mana. masam ada la. maybe lidah kita dah biasa makan pedas. ok la ayam goreng rangup.
ni anak dara punya. kek chocolate & ice cream.
Total makan minum semua RM147. Paling best sebab kami makan free hari tu. kenapa free?
dapat hadiah voucher masa tulis entry AIG.
Makan di Plan B best, sedap. tempat yang selesa. Tempat makan yang patut korang pergi. Selamat mencuba 🙂