Maryam Turns 2 1 Syawal 1437H
- By:
- On:
- 0 Comment
6.7.2014 jam 12.17malam di Hospital Putrajaya lahir seorang baby girl yang diberi nama Ariana Maryam Binti Muhammad Faiz
Nama Ariana diambil sempena cerita Ariana Rose..hahahaa.. nak letak nama Maryam dah lama sejak Arreessa lahir. mencari pangkal depan huruf A lantas tertengok cerita petang petang tu . sedap jugak nama Ariana ni.hahaha ( nampak sangat senang terpengaruh dengan media massa )
Mengandungkan Maryam Alhamdulillah dipermudahkan. sangat aktif. dari awal pregnant sampai dah dekat nak bersalin asyik travel sana sini.
Dugaan ALLAH beri ketika nak melahirkan dia. 5 hari di hospital putrajaya. 2 kali induce masuk ubat dan 1 kali induce drip.
sebab apa kena induce? baca dekat sini. dah siap 1 catatan untuk Maryam baca nanti >> https://www.ainulmustafa.com/2014/07/6hari-5malam-part-1.html
Melahirkan Maryam dapat la merasa sakitnya contraction. Masa Arreessa plan czer jadi tak merasa semua itu.
Terima kasih Maryam bagi mama peluang merasai nikmat bersalin normal.
pejam celik pejam celik hari ini genap 2 tahun Ariana Maryam. Lengkap sudah 2 tahun menyusukan dia.
sekarang misi untuk wean off pulak yang tak pernah lulus sejak dari zaman Arreessa.
Semoga Ariana Maryam mama menjadi anak yang solehah.Anak yang berjaya dunia akhirat. Mama halalkan setiap titik air susu yang mengalir dalam darah Maryam. itu harta, emas permata yang mama mampu bagi untuk Maryam.
Love :
mama Ainul
6.7.2016
1 syawal 1437H