Movie Day Out Zack kapcai di eCurve

Assalamualaikum & selamat Pagi. Mood raya lagi kan.. hari ni hari isnin jangan lemau lemau ye p keje. tau la weekend semua sibuk p open house.

Jumaat lepas Ainul dan family dijemput ke majlis Movie Day Out Oleh MIG . Ada makan makan dan tengok wayang Zack kapcai

Bertuah kami malam tu bila MIG belanja makan di Pak John Steamboat & BBQ. 1stt ime ke sini dan steamboat kat sini BEST. Banyk pilihan makanan. Makanan yang digoreng , masak seperti nasi goreng, mee goreng pun ada. Sambal sotong dia sedap. pedas dan sedap.

 

lagi bertuah kami bila Mr David Teo nak bagi duit raya. tak sangka dah tua tua ni merasa juga orang bagi duit raya.

dah kenyang makan, dah dapat duit raya..kita layan movie pulak. Movie terbaru dari MIG iaitu Zack Kapcai.

korang takkan rugi punyalah tonton filem ni apatah lagi gandingan pelakon-pelakon hebat yang mana datangnya dari Maharaja Lawak Mega iaitu Fad Bocey, Rahim Sepahtu, Syuk SYJ dan juga artis MiG, Serina Redzuawan siapa yang tak kenal beliau anak kepada chef terkenal Datuk Chef Wan dan bintang yang sedang meningkat naik iaitu Julia Marin.

MiG Online pasti geng-geng kapcai dan geng-geng motor di luar sana pasti tak sabar nak terjah pawagam untuk lihat siapa Zack Kapcai ni, kan? Hihi..

Okay sebelum tu jom kita baca sikit sinopsis mengenai filem ini :

“Zack Kapcai adalah sebuah filem yang mengisahkan seorang lelaki bernama Zack yang sangat suka lumba motor. Namun, minat Zack ini ditentang keras oleh ibunya Minah. Semasa kecil Zack terpisah dengan ayah kandungnya iaitu Rudy yang pernah digelar Raja Kapcai pada suatu ketika dahulu. Tapi disebabkan gelaran Raja Kapcai itulah rumahtangga Rudy dan Minah berkecai. Namun, segalanya berubah apabila Zack terjumpa poster lama Rudy dan Minah dengan kapsyen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang”. Zack jadi teruja bila mengetahui bahawa bapanya sendiri adalah Raja Kapcai. Zack bertekad untuk menjejaki ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah. Dengan deraian air mata dan berat hatinya, Minah mengizinkan Zack pergi. Minah mengeluarkan motosikal lagenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkannya. Zack semakin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya. Adakah berjaya misi Zack itu?



Apa kata Ainul Mustafa selepas tonton movie ni?

1. kelakar habis sampai nak pecah perut den.. adoiiii !! 
semua scene kelakar kot. dah pelakon nya pun dah memang pelawak kan. Fad Bocey ni pandai jugak berlakon. Paling kelakar Syuk la. memang suka dia dalam MLM lagi. 
2. Sesuai untuk seisi keluarga
Jalan ceita sempoi. Anak anak pun tengok sampai habis. Cerita pasal motor kan. Budak kecik pun tahu. So far Maryam & Arreessa layan sampai habis. tak tertido pulak tu. 
Movie ni dah ada di pawagam 14 Julai lagi. Jadi boleh la bawa family pergi tengok. Sekali sekala layan cerita komedi di wayang. boleh relax, release kan stress 



4 Replies to “Movie Day Out Zack kapcai di eCurve”

  1. Memang meriah sgt… makan sedap, layan movie best dan gelak sakan, dapat duit raya lagi hehee… tambah pulak dapat kumpul sama2 kengkawan bloggers… Mmg filem wajib tonton… seronok!! 🙂 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge