Tolong !! nak Tips Cerai Susu / wean off Dengan Mudah
Tips 1 Ceraikan susu/wean off
Memberitahu anak beberapa hari sebelum kita benar-benar ingin menghentikan penyusuan dan terangkan kenapa anda terpaksa mengambil keputusan tersebut.
Tapi, wajib beritahu yang kita sangat sayangkannya dan banyakkan sentuhan dengan anak. Lakukan tips ini berulang-ulang beberapa kali setiap hari dalam tempoh yang dipilih. Ini adalah untuk menyediakan mental emosi anak (dan juga ibu). Bukannya senang nak bercerai susu, kan?
Ajak anak membeli sippy cup/cawan/botol air. Berikan dia peluang memilih apa saja yang digemarinya. Ini untuk menggalakkannya minum sendiri menggunakan cawan/botol air tersebut. Tak perlu kenalkan dengan botol susu!
Tips 3 Ceraikan susu/wean off
Hanya berikan susu ibu bila anak minta. Jangan offer. Dalam masa yang sama, berikan real food yang berkhasiat dan mengenyangkan pada setiap waktu makan dan juga snack time.
Tips 4 Ceraikan susu/wean off
Bagi yang dah berumur melebihi setahun dan tidak mempunyalai alahan kepada susu mahupun lactose intolerance, dah boleh mula kenalkan fresh milk yang dituang ke DALAM CAWAN ; bukan sebagai makanan utama atau pengganti kepada susu ibu, tapi sebagai sebahagian daripada makanan harian.
Kalau anak menolak rasanya, boleh pelbagaikan penyediaan. Contohnya blend fresh milk bersama sedikit buah-buahan (strawberi, pisang dll). Susu kambing segar juga sangat bagus kalau mampu mendapatkannya. Elakkan susu tepung yang mengandungi gula yang tinggi serta non-dairy creamer, tak kisahlah jika ia berlabel “makanan sunnah” sekalipun. Kena check label tau!
Tips 5 Ceraikan susu/wean off
Pilih hari yang sesuai dan tidak sibuk dengan urusan penting lain supaya ibu dapat fokus pada anak. Hujung minggu atau hari cuti mungkin paling sesuai terutama bagi ibu-ibu yang bekerja.
Tips 6 Ceraikan susu/wean off
Bila tiba harinya, tidak offer dan tidak menerima permintaan untuk menyusu. Sebaliknya, banyakkan memujuk dan menerangkan dengan lembut, beritahu kita sayangkannya, peluk dan usap anak dengan penuh kasih sayang dan cuba alih perhatian dengan aktiviti lain yang anak suka. (Kalau ada suami atau ahli keluarga lain, boleh minta beliau ambil alih melayan anak bila kita dah mula rasa letih.)
Pastikan anak makan dengan kenyang, terutama makan malam. Jadi takdelah anak bangun malam-malam nak mengempeng, kan?
Sebelum tidur boleh siapkan sebotol air kosong di tepi katil untuk anak minum jika dia terjaga pada waktu malam.
Boleh dikatakan, once anak dah berjaya tidur tanpa menyusu (mengempeng), misi bercerai susu akan lebih mudah tercapai, insyaAllah.
Haha… Anak lelaki saya dah 3 tahun 2 bulan… Nak nenen jgk lagi…
Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani Rahman
Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani Rahman